• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengku Abdullah Sambut Baik Usaha Annuar Tarik Diri

oleh Ahmad Albab
25/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyambut baik tindakan Tan Sri Annuar Musa menarik diri daripada bertanding pemilihan jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Titahnya tindakan Annuar yang memberi laluan kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menerajui FAM dilihat dapat memudahkan lagi usaha memajukan bola sepak negara pada masa depan.

“Baguslah… itu lebih senang, tak payah bertanding-tanding lagi. Harapan saya agar mutu bola sepak dapat ditingkatkan secara keseluruhan dan semua yang terlibat akan membantu,” titahnya.

Tengku Abdullah yang juga bekas Presiden FAM bertitah demikian selepas mencemar duli merasmikan penutup Kejohanan Tomoi Pantai Timur Piala Tengku Mahkota Pahang di Bukit Goh, di sini malam tadi.

Annuar yang juga Penasihat Bola Sepak Kelantan mengumumkan penarikan diri daripada pemilihan presiden FAM pada Khamis lepas dan menegaskan keputusannya itu diambil tanpa desakan sesiapa.

Annuar dilapor berkata pendekatan itu juga mampu mengelakkan berlakunya sebarang pertelingkahan dalam keluarga besar bola negara.

Penarikan diri Annuar secara langsung menjadikan Tunku Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul satu-satunya calon bagi jawatan berkenaan. – BERNAMA

Tags: Annuar MusaFAMTengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd