PUTRAJAYA – Seorang pekerja warga Nepal maut manakala seorang rakannya warga Bangladesh cedera parah apabila dihempap gondola sementara di sebuah tapak pembinaan di Presint 7, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan berkata dalam kejadian pada 8.50 pagi itu, kedua-dua pekerja yang berada di tapak pembinaan bangunan baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersebelahan Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, dihempap gondola sementara yang disyaki terjatuh.
Warga Bangladesh yang mengalami cedera parah itu digegaskan ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
“Pihak forensik telah dipanggil untuk membantu siasatan di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi. – BERNAMA

