• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Babak Romantik Dilakonkan Tak Datangkan Syahwat Pun”

oleh AK-47
24/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“SEBENARNYA babak romantik yang dipaparkan pun tidaklah keterlaluan dan bagi saya ia tidak mendatangkan syahwat pun.”

Itu komen Aiman Hakim Ridza ketika ditanya mengenai adegan intim yang dilakonkannya bersama Emma Maembong dalam filem terbaharunya yang berjudul Kimchi Untuk Awak.

"Babak Romantik Dilakonkan Tak Datangkan Syahwat Pun"

Aiman turut menasihatkan penonton agar lebih menghargai sesebuah filem itu dengan cara sepatutnya dan tidak terlalu memberi fokus terhadap babak romantik yang dilakonkan.

Memetik mStar, Aiman berkata, “Kita kena hentikan memberi fokus kepada isu berpegangan atau babak romantik sebaliknya menghargai sesebuah filem itu dengan cara sepatutnya.”

“Sebenarnya babak romantik yang dipaparkan pun tidaklah keterlaluan dan bagi saya ia tidak mendatangkan syahwat pun. Paling penting jalan ceritanya bagus dan ada pengajaran yang hendak disampaikan,” kata aktor berusia 28 tahun itu.

Kimchi Untuk Awak yang diarahkan Michael Ang menjalani penggambaran di Kuala Lumpur dan Korea Selatan.

Ditanya mengenai cabaran berlakon filem itu, Aiman berkata dia terpaksa menghadapi cuaca sejuk di negara itu selain perlu bertutur dalam bahasa Korea.

Namun, hal itu tidak menjadi masalah buat Aiman berikutan dia belajar daripada adik perempuannya yang fasih berbahasa Korea setelah sekian lama menetap di Seoul.

“Adik perempuan saya pernah tinggal di Seoul dan dia fasih berbahasa Korea jadi saya belajar daripadanya.

“Secara keseluruhannya saya seronok kerana banyak ilmu yang saya kutip tambahan pembikinan filem dan drama jauh berbeza,” katanya lagi.

Kimchi Untuk Awak akan ditayangkan bermula 30 Mac ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: aiman hakimpelakonselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd