• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekurangan Ruang, Flat Ditebuk Jadi Laluan Keretapi

oleh AK-47
23/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEBIASAANNYA tak ramai yang sukakan kediaman mereka berada di tengah-tengah kesibukan kota raya apatah lagi yang menjadi laluan utama kereta api.

Masakan tidak, bunyi kenderaannya itu yang cukup bising sudah pun menyesakkan telinga kita apa lagi kalau kediaman anda memang betul-betul berada di bawah dan di atas laluan pengangkutan awam tersebut.

Tapi hal itu tidak menjadi masalah buat penduduk di sebuah rumah flat di daerah Chongqing, China.

Satu terowong telah dibina di tingkat enam hingga lapan flat tersebut bagi dijadikan laluan buat kereta api aliran ringan terbabit.

Kekurangan Ruang, Flat Ditebuk Jadi Laluan Keretapi

Flat yang mempunyai 19 tingkat itu turut menjadi stesen perhentian dan sememangnya ia menjadi satu kelebihan buat penduduk flat berkenaan yang pergerakan mereka bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan pengangkutan awam.

Menurut penduduk di situ, bunyi kereta api tidaklah sebising yang biasa didengari sebaliknya ia ibarat seperti bunyi bising sebuah mesin basuh yang memutar pakaian di dalamnya.

Kawasan sekitar yang turut digelar Mountain City itu mempunyai populasi penduduk sebanyak 49 juta dan mereka menyifatkan pembinaan rel kereta api di bangunan rumah adalah satu langkah yang cukup bijak berikutan masalah kekurangan ruang kosong yang sering dialami di negara komunis itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Chinakereta apiPengangkutan Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Golongan 10% Disaran Belanja Berhemah, Kongsi Kereta, Guna Pengangkutan Awam

Golongan 10% Disaran Belanja Berhemah, Kongsi Kereta, Guna Pengangkutan Awam

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Golongan 10 peratus pengguna petrol RON95 lebih 200 liter sebulan diseru melihat penyelarasan kuota BUDI95 sebagai satu...

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd