• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

100 Penghuni Rumah Panjang Hilang Tempat Tinggal

oleh AK-47
23/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SRI AMAN – Seramai 100 orang daripada 23 keluarga hilang tempat tinggal dalam kebakaran dua rumah panjang yang terletak berdekatan di Jalan Jungkong Bukit Bakong, Lingga, 32 kilometer dari sini awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, dalam kejadian itu Rumah Panjang Langaw Bakong yang dihuni 15 keluarga musnah 100 peratus manakala Rumah Panjang Johnet yang dihuni lapan keluarga rosak 70 peratus.

Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.50 pagi dan menghantar sepasukan lapan anggota yang diketuai Pegawai Bomba Alban Gayan Lembang.

Rumah panjang itu adalah 32 kilometer dari BBP Sri Aman .

“Kebakaran bermula dari dapur sebuah bilik Rumah Panjang Langaw Bakong sebelum merebak ke Rumah Panjang Johnet.

“Anggota bomba melakukan kerja pemadaman api dengan mengepamkan air dari parit,” katanya.

Menurutnya, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan, kecuali seorang mangsa lelaki yang cedera ringan di leher. – BERNAMA

Tags: kebakaranrumah panjang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd