• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Exco Wanita Perlu Ada ‘Jiwa’ Bola Sepak

oleh AK-47
23/03/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Calon yang bakal menduduki dua kerusi exco wanita dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu mempunyai ‘jiwa’ bola sepak selain pengetahuan terhadap sukan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM, Brig. Jen. Datuk Norhuda Ahmad berkata dua ciri utama itu penting demi mengangkat martabat sukan bola sepak wanita ke tahap yang lebih baik dari kedudukan sekarang.

Beliau yang juga exco wanita FAM berkata bola sepak wanita negara mempunyai masa depan yang cerah sekiranya peluang lebih luas diberi kepada mereka.

“Pada saya, sesiapa sahaja yang menawarkan diri menjadi calon, mestilah mereka yang berkebolehan dan yakin dapat memajukan bola sepak wanita.

“Kita perlu fikir tentang memajukan bola sepak wanita, bukannya kepentingan peribadi,” katanya kepada Bernama.

Norhuda, 60, akan mempertahankan kerusinya dan bakal ditentang enam calon lain pada pemilihan jawatankuasa baharu badan induk itu yang diadakan serentak dengan Kongres FAM ke-53, Sabtu ini.

Selain Norhuda, calon lain adalah timbalannya Normala Md Yusof, Shafizah Umamah Abdul Mutalib, Roselina Idrus, Tuan Nah Nik Him, Datuk Suraya Yaacob dan Isfarina Mohd Bali.

Sementara itu, mengenai perubahan besar yang dijanjikan pimpinan FAM, Norhuda berharap bola sepak wanita tidak dipinggirkan.

“Harapan saya adalah mereka memberi keseimbangan kepada skuad wanita. Janganlah sekali skuad wanita tewas, terus kita diketepikan sedangkan skuad lelaki juga tidak menunjukkan prestasi yang baik sejak kebelakangan ini,” katanya. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Mahu Dikasihi Rakyat, Dianggap ‘Sivaji The Boss’

PMX Anwar Mahu Dikasihi Rakyat, Dianggap ‘Sivaji The Boss’

23/07/2026
0

PAROI - "Saya nak kasih kepada rakyat dan saya nak rakyat kasih kepada saya" Demikian pengakuan Datuk Seri Anwar Ibrahim...

PMX Anwar Nafi Tohmahan Barua DAP

PMX Anwar Nafi Tohmahan Barua DAP

23/07/2026
0

PAROI - Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tohmahan barua DAP yang dilontarkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd