• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Sumbang US$1 Juta Bantuan Kemanusian

oleh Ahmad Albab
23/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia menyumbang US$1 juta untuk bantuan kemanusiaan di kawasan yang baru dibebaskan di Iraq dan Syria.

Wisma Putra dalam kenyataannya hari ini berkata pengumuman itu dibuat Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam ucapannya pada Mesyuarat Menteri Luar Gabungan Global menentang Da’esh di Washington pada Rabu.

Katanya Malaysia menyokong penuh seruan Gabungan Global untuk dana segera disalurkan di kawasan berkenaan yang sebelum ini dikuasai Da’esh.

“Sukacitanya saya mengumumkan sumbangan Malaysia sebanyak US$1 juta kepada tabung itu yang diperuntukkan bagi bantuan kemanusiaan untuk kawasan berkenaan.

“Saya mahu menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi dan komitmen Malaysia kepada Gabungan Global dalam usahanya mengurangkan dan akhirnya menewaskan Daesh,” katanya.

Anifah sedang dalam rangka lawatan kerja yang dihoskan Setiausaha Luar Amerika Syarikat, Rex Tillerson, bertujuan untuk memperhebat kempen mengalahkan Daesh dengan kerjasama 68 rakan Gabungan Global.

Katanya berikutan kejayaan deradikalisasi dan pemulihan di negara ini, Malaysia bersedia berkongsi kepakaran dengan negara lain untuk menangani pengganas.

“Deradikalisasi kekal sebagai komponen yang amat diperlukan dalam strategi Malaysia menangani ancaman pengganas. Kami percaya mereka yang pernah disabitkan dengan undang-undang berkaitan keganasan telah diperdaya dengan ajaran Islam yang terpesong.

“Oleh itu, deradikalisasi dan pemulihan adalah penting untuk memastikan mereka mampu kembali ke pangkuan masyarakat. Kadar kejayaan kami adalah 97.5 peratus,” katanya.

Anifah juga berkata berikutan pengukuhan undang-undang negara pada 2015, bilangan suspek pengganas yang ditahan pihak berkuasa Malaysia telah meningkat dengan ketara.

Beliau juga menekankan kesederhanaan dalam pendekatan yang menegaskan nilai persefahaman, toleransi, saling menghormati dan terangkum, dapat menyelesaikan perbezaan serta konflik secara aman.

“Inilah nilai mulia yang tidak wujud dalam ideologi Daesh. Penerangan mengenai ajaran Islam yang sebenar adalah penting bagi menangani ekstremisme untuk menghentikan tindakan kejam, dilakukan mereka yang tersesat,” katanya. – BERNAMA

Tags: bantuanMalaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kita Bangsa Johor Tidak Kira Agama, Bangsa, Latar Belakang – Onn Hafiz

Kita Bangsa Johor Tidak Kira Agama, Bangsa, Latar Belakang – Onn Hafiz

09/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) Johor memastikan tiada rakyat...

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang wakil komuniti pelarian Rohingya, Sharif Media merayu kepada kerajaan dan rakyat Malaysia agar terus menunjukkan belas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd