• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keselamatan Di Parlimen Pada Tahap Tertinggi

oleh Ahmad Albab
23/03/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kawalan keselamatan di bangunan Parlimen adalah terjamin dan sentiasa berada pada tahap tertinggi, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata bilangan anggota yang melakukan kawalan di bangunan itu, yang kini berlangsung persidangan Dewan Rakyat, adalah mencukupi.

“Polis juga sentiasa bersiap sedia dan menyedari terhadap apa jua ancaman,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tahap keselamatan di bangunan parlimen susulan insiden serangan di luar bangunan Parlimen Britain yang mengakibatkan kira-kira 10 cedera termasuk anggota polis.

Media asing melaporkan, seorang anggota polis ditikam, penyerang ditembak dan beberapa orang awam cedera dalam insiden yang dilabel sebagai serangan pengganas.

Perdana Menteri Britain Theresa May yang sedang bersidang di bangunan Parlimen itu dilaporkan selamat.

Sementara itu, ditanya perkembangan mengenai Ibrahim Mat Zin atau dikenali sebagai Raja Bomoh, Khalid berkata pihaknya akan membuat tangkapan sekiranya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membuat laporan berhubung perbuatan dan perlakuan lelaki itu.

“Dia (Raja Bomoh) dipanggil (oleh polis) untuk bantu siasatan dan setakat ini dia masih belum ditahan,” katanya.

Menurut Khalid, polis menerima beberapa laporan mengenai perbuatan ritual lelaki itu yang berasal dari Teluk Intan, Perak apabila dikatakan telah merosakkan imej agama Islam.

Siasatan terhadap Ibrahim dilakukan mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah.

Pada 19 Mac lepas, polis meminta Ibrahim tampil memberi keterangan berhubung upacara perbomohan yang dilakukannya, konon untuk ‘memagar’ Malaysia daripada ancaman negara asing khusus Korea Utara. – BERNAMA

Tags: ParlimenTan Sri Khalid Abu Bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan agar mempertimbangkan hukuman lebih berat termasuk hukuman...

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

17/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Jurucakap Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad mahu UMNO meneliti secara mendalam usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd