• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Terus Mencintai’ Pengalaman Duka Siti Nordiana

oleh Ahmad Albab
23/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas sekian lama selesa menjadi penyanyi, Siti Nordiana kini mencuba bidang baharu iaitu penulisan lirik lagu yang dihasilkan melalui single terbarunya yang berjudul ‘Terus Mencintai’.

Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana berkata, dia meluahkan pengalaman duka yang pernah dilalui satu ketika dahulu melalui lagu tersebut.

“Saya tidak tuju lagu ini kepada sesiapa secara spesifik, cuma saya pernah berada dalam situasi kedukaan. Saya pernah rasa ‘down’ dan diabaikan.

“Tujuan saya menghasilkan lagu ini adalah untuk memberi inspirasi kepada peminat yang tahu kisah silam saya,” ujarnya kepada mStar Online.

'Terus Mencintai' Pengalaman Duka Siti Nordiana
Siti Nordiana ketika pelancaran single Terus Mencintai.

Siti Nordiana yang juga juara program Gegar Vaganza (GV) ditemui ketika pelancaran single lagunya itu di Red Box Plus, Pavillion di sini pada Rabu.

Penyanyi berusia 33 tahun ini turut menafikan dia masih tidak dapat melupakan pengalaman silamnya.

Dalam pada itu Nana berkata, lagu ini mudah dinyanyikannya kerana ia umpama dia sedang berkomunikasi dengan individu yang pernah melukakan hatinya dahulu.

“Saya menghayati lagu ini dengan penuh perasaan kerana saya sendiri pernah mengalami pengalaman tersebut,” katanya.

Lagu ‘Terus Mencintai’ merupakan single ketiga ciptaan Siti Nordiana selepas single ciptaan pertama dan kedua dilancarkan masing-masing pada tahun 2005 dan 2006.

Single ini berjaya mendapat muat turun lagu Melayu terbanyak di carta iTunes pada hari pertama pelancarannya di laman tersebut. – mStar Online

Tags: penyanyiSiti Nordiana
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

Mahkamah: Bicara Kes Saman Siti Nordiana, Lima Sekawan 12 Hari Di Mahkamah Tinggi

Mahkamah: Bicara Kes Saman Siti Nordiana, Lima Sekawan 12 Hari Di Mahkamah Tinggi

01/06/2023
0

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes saman difailkan penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana Alias atau dikenali Nana, terhadap lima individu termasuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd