• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Denda Minimum RM549 Jika Tidur Di Jalanan

oleh Ahmad Albab
23/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Golongan gelandangan atau individu yang didapati tidur di jalanan di beberapa lokasi di England berdepan denda sekurang-kurangnya 100 pound (RM549) susulan penguatkuasaan undang-undang baharu oleh pihak berkuasa tempatan di berbapa bandar utama.

Undang-undang Perlindungan Lokasi Tempat Awam yang diperkenalkan pada 2014, memberi kuasa kepada majlis perbandaran untuk menyaman individu yang berkelakuan tidak normal yang dianggap sebagai satu jenayah.

Selain itu, polis juga mempunyai kuasa yang sama untuk menghentikan sebarang aktiviti yang dianggap sebagai antisosial termasuk meminta sedekah atau tidur di jalanan.

Mereka yang didapati melanggar undang-undang itu boleh dikenakan denda sehingga 1,000 pound (RM5,490).

Antara kawasan yang mula melaksanakan peraturan tersebut termasuk di timur London iaitu Hackney Downs, London Fields, Broadway Market, Mare Street dan Regents Canal.

Bagaimanapun arahan itu mengundang kritikan daripada pertubuhan hak asasi manusia yang menyifatkan langkah tersebut sebagai menindas golongan kurang berkemampuan.

Pertubuhan kebajikan tempatan juga menyuarakan kritikan sama selepas statistik menunjukkan peningkatan jumlah individu yang yang tidur di jalanan sebanyak 51 peratus di seluruh England.

Ketua eksekutif pertubuhan kebajikan gelandangan Homeless Link, Rick Henderson berkata, undang-undang itu tidak adil buat mereka yang tidak mempunyai pilihan selain tidur di jalanan kerana tidak mempunyai harta.

“Golongan yang tidur di jalanan perlu dibantu, bukan dilarang atau didenda.

“Berbanding langkah yang tidak wajar ini, kita perlu tindakan yang lebih strategik bagi menangani isu gelandangan.

“Kami mendesak kerajaan agar bekerjasama dengan sektor berkaitan bagi mencari penyelesaian untuk menamatkan isu ini,” katanya. – mStar Online

Tags: gelandanganLondon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Beri Sisa Makanan Kepada Gelandangan: MCMC Rakam Keterangan 3 Individu

Beri Sisa Makanan Kepada Gelandangan: MCMC Rakam Keterangan 3 Individu

05/08/2025
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam keterangan tiga individu dipercayai pempengaruh media sosial berhubung penyebaran video yang memaparkan...

Jabatan Akauntan Negara Kesan Penipuan Dana Awam RM10.4j Di Jabatan Persekutuan

Jabatan Akauntan Negara Kesan Penipuan Dana Awam RM10.4j Di Jabatan Persekutuan

20/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) mengesan penipuan dana kerajaan berjumlah RM18 juta sepanjang tempoh lima tahun sehingga 2024,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd