• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Nafi Filem Power Rangers Disekat

oleh AK-47
23/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan portal berita propembangkang kononnya filem Power Rangers bakal disekat daripada ditayangkan di negara ini.

KDN dalam satu kenyataan media berkata, filem itu malah telah diberi kelulusan dengan klasifikasi P13 oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) pada 22 Mac lalu.

“LPF mendapati tiada sebarang unsur berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender, Queer (LBGTQ) dalam filem itu. Kelulusan itu telah disampaikan kepada pengedar pada 22 Mac 2017,” kata kenyataan itu hari ini.

Sehubungan itu, KDN berkata, tiada isu kelewatan keputusan penapisan filem Power Rangers.

Justeru, kata KDN, tindakan syarikat untuk menangguhkan penjualan tiket filem itu tiada kaitan dengan LPF.

Media propembangkang melaporkan rakyat Malaysia berasa kecewa kerana filem Power Rangers berhadapan kesukaran ditayangkan di pawagam Malaysia ekoran memaparkan watak gay.

Media terbabit turut melaporkan sebuah rangkaian panggung wayang utama di negara ini telah menggantung jualan tiket filem itu.

Laporan media propembangkang itu menimbulkan kemarahan ramai rakyat Malaysia ke atas kerajaan kerana berasa terlalu kecewa filem Power Rangers lewat ditayangkan.

Sebelum ini ramai rakyat Malaysia turut menyatakan rasa marah kepada kerajaan kerana filem Beauty and the Beast yang memaparkan watak gay lewat ditayangkan kerana perlu melepasi tapisan LPF. – MYNEWSHUB.CC

Tags: filem Power RangersKDN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd