• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

58 Sertai WDP Dilantik Ahli Lembaga Pengarah

oleh AK-47
22/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 58 orang wanita yang dilatih khas di bawah Program Pengarah Wanita (WDP), dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia bagi tempoh 2013 hingga Februari tahun ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata program anjuran NAM Institute for the Empowerment of Women (NIEW) di bawah kementeriannya bertujuan melengkapkan wanita dengan kemahiran teknikal dan pengetahuan sebagai lembaga pengarah.

“Pelantikan wanita sebagai ahli lembaga pengarah adalah konsisten iaitu 13 orang pada tahun 2013, 2014 (13), 2015 (14), 2016 (14), dan empat pada Februari tahun ini,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementerian itu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya, bagi tempoh 2012 hingga 2016, seramai 1,051 calon pengarah wanita menyertai program itu.

Beliau berkata berdasarkan statistik Suruhanjaya Syarikat Malaysia, sehingga 31 Dis tahun lalu terdapat 421,308 wanita dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat di sektor korporat melibatkan 29.9 peratus daripada keseluruhan 1,410,862 ahli lembaga syarikat.

“Mengikut statistik Bursa Malaysia, sehingga 31 Dis 2016, terdapat 144 wanita sebagai ahli lembaga pengarah syarikat dalam 100 syarikat tersenarai awam oleh permodalan pasaran di Bursa Malaysia atau 16.6 peratus daripada keseluruhan 865 lantikan ahli lembaga pengarah syarikat,” katanya.

Sementara itu, Azizah yang juga Anggota Parlimen Beaufort berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat menyasarkan untuk membuat 1,000 pemeriksaan mengejut ke Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) pada tahun ini.

Beliau berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mendapatkan maklumat mengenai taska yang tidak berdaftar selain kes penderaan atau pengabaian supaya tindakan penguatkuasaan dapat diambil mengikut peruntukan undang-undang. – BERNAMA

Tags: Datuk Azizah Mohd Dun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

107 Individu Disenarai Dalam Daftar Kanak-Kanak

07/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Seramai 107 individu yang dihukum atas kesalahan berkaitan kanak-kanak telah disenarai dalam Daftar Kanak-Kanak, persidangan Dewan Rakyat...

PRU14: Azizah Sedia Galas Tanggungjawab Jika Dicalon

09/12/2017
0

KUALA LUMPUR – Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Azizah Mohd Dun bersedia menggalas tanggungjawab sekiranya diberi mandat untuk bertanding semula...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd