Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Disoal Siasat 2 Jam...

“SAYA reda walaupun tidak dapat menunaikan haji, namun Allah memberi peluang saya menunaikan...

DAP Didakwa Punca Penularan...

KUALA LUMPUR - DAP didakwa menjadi punca kepada penularan budaya menyebar fitnah di...

17,105 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Jumlah kes harian Covid-19 kembali meningkat dengan 17,105 kes dilaporkan...

Hong Kong Mulakan Operasi...

HONG KONG: Polis menutup ruang udara dan perairan di tenggara bandar raya itu...

58 Sertai WDP Dilantik Ahli Lembaga Pengarah

KUALA LUMPUR – Seramai 58 orang wanita yang dilatih khas di bawah Program Pengarah Wanita (WDP), dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia bagi tempoh 2013 hingga Februari tahun ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata program anjuran NAM Institute for the Empowerment of Women (NIEW) di bawah kementeriannya bertujuan melengkapkan wanita dengan kemahiran teknikal dan pengetahuan sebagai lembaga pengarah.

“Pelantikan wanita sebagai ahli lembaga pengarah adalah konsisten iaitu 13 orang pada tahun 2013, 2014 (13), 2015 (14), 2016 (14), dan empat pada Februari tahun ini,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementerian itu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya, bagi tempoh 2012 hingga 2016, seramai 1,051 calon pengarah wanita menyertai program itu.

Beliau berkata berdasarkan statistik Suruhanjaya Syarikat Malaysia, sehingga 31 Dis tahun lalu terdapat 421,308 wanita dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat di sektor korporat melibatkan 29.9 peratus daripada keseluruhan 1,410,862 ahli lembaga syarikat.


“Mengikut statistik Bursa Malaysia, sehingga 31 Dis 2016, terdapat 144 wanita sebagai ahli lembaga pengarah syarikat dalam 100 syarikat tersenarai awam oleh permodalan pasaran di Bursa Malaysia atau 16.6 peratus daripada keseluruhan 865 lantikan ahli lembaga pengarah syarikat,” katanya.

Sementara itu, Azizah yang juga Anggota Parlimen Beaufort berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat menyasarkan untuk membuat 1,000 pemeriksaan mengejut ke Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) pada tahun ini.

Beliau berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mendapatkan maklumat mengenai taska yang tidak berdaftar selain kes penderaan atau pengabaian supaya tindakan penguatkuasaan dapat diambil mengikut peruntukan undang-undang. – BERNAMA

Kategori