• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cium Penguat Kuasa DBKL, Penganggur Dihukum Penjara

oleh Ahmad Albab
23/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mencium seorang penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedang menjalankan tugas, tahun lepas.

Tertuduh Cesar Jamanulla, 36, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mahyuddin Md Som selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di sini hari ini.

Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa dengan maksud mahu mencabul kehormatannya di hadapan Hotel Ansa, Bukit Bintang, Jalan Gading dekat sini pukul 7.20 malam, 20 Februari lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda, atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Cesar yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kepada mahkamah kerana dia adalah penanggung tunggal keluarga.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian mangsa yang berusia 27 tahun itu sedang menjalankan tugas rondaan menyaman bersama rakan setugasnya apabila didatangi tertuduh yang melarangnya mengeluarkan saman.

Ketika mangsa hendak mengeluarkan saman untuk kereta yang terakhir, tertuduh sekali lagi telah datang dan mengatakan bahawa mangsa seorang yang cantik.

Wanita itu tidak melayan tertuduh dan mengarahkannya supaya memberi laluan kepadanya untuk mengambil gambar kereta yang telah disaman, tetapi tertuduh telah bertindak memegang muka mangsa dan mencium bibirnya.

Mangsa menolak tertuduh tetapi lelaki itu sekali lagi menerpa ke arahnya sehingga wanita itu menjerit memanggil rakan setugasnya yang kemudian telah menahan Cesar dan membawanya ke balai polis. – BERNAMA

Tags: PenganggurPenguatkuasa DBKL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

30/07/2025
0

TELUK INTAN: Seorang penganggur wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan membunuh ibu kepada teman lelakinya,...

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

03/07/2025
0

SHAH ALAM - Seorang penganggur yang berhijrah dari kampung ke Sungai Buloh untuk mencari pekerjaan, didakwa di Mahkamah Majistret di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd