• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan Dalaman Bomba Berhubung Rasuah Anggotanya

oleh AK-47
21/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan melakukan siasatan dalaman terhadap anggotanya yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dengan rasuah.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata pada masa kini pihaknya belum dapat menjalankan siasatan terhadap anggota bomba yang bekerja di bahagian operasi itu kerana masih ditahan pihak SPRM.

“Kita masih menyiasat bagaimana mereka boleh terlibat dalam gejala ini sebab itu bukan kerja dia. Mereka ini beri suapan kepada anggota yang bukan kerjanya memeriksa bangunan.

Jadi sukar sedikit untuk kita nak kesan kecuali mereka yang duduk di bahagian itu (pemeriksaan) kerana kita memang sentiasa memerhati selain mereka sendiri memang mempunyai integriti yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Tamat Latihan Kursus Diploma Sains Kebombaan Siri 1/2016 dan Kursus Sijil Sains Kebombaan Siri 2/2016 di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Wakaf Tapai, di sini, hari ini.

Wan Mohd Nor berkata gejala rasuah dalam kalangan pegawai dan anggota JBPM jarang berlaku dan ini merupakan kes terpencil namun pihaknya tetap berwaspada dan mengenal pasti bahagian yang boleh terdedah kepada gejala rasuah.

Sebelum ini, SPRM menahan 12 penguat kuasa daripada pelbagai agensi penguatkuasaan kerana disyaki terbabit dengan rasuah di dua lokasi di Selangor dan satu di Kuala Lumpur.

Mereka yang ditahan dalam operasi khas SPRM adalah dua pegawai polis berpangkat Inspektor yang juga ketua balai polis, lima anggota polis, empat anggota JBPM serta seorang pegawai Majlis Perbandaran Kajang.

Mengulas mengenai fenomena ekuinoks yang membawa cuaca panas melampau, beliau berkata JPBM bersiap siaga bagi menghadapi masalah kebakaran hutan atau belukar yang sering berlaku akibat situasi itu.

Katanya fenomena yang berlaku ini masih di peringkat awal terutamanya di Terengganu, Kelantan dan Pahang manakala negeri di Pantai Barat masih menerima hujan setiap hari.

“Bagi tiga negeri berkenaan kita juga telah menyediakan peralatan khusus dan keanggotaan yang cukup bagi menangani kes kebakaran hutan, belukar dan semak akibat fenomena tersebut.

Lazimnya kebakaran ini akan berlaku selepas tempoh lebih dua minggu kemarau berpanjangan dan kita belum menempuh masa kemarau yang panjang setakat ini,” katanya.

Justeru orang ramai diingatkan agar mengelak pembakaran terbuka ketika musim panas dan kering yang sedang melanda. – BERNAMA

Tags: Datuk Wan Mohd Nor IbrahimrasuahSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

01/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan mengemukakan saman fitnah terhadap seorang tokoh politik DAP...

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd