• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengku Adnan Bidas Pihak Masih Pertikai Nama Jalan

oleh Ahmad Albab
04/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, mempersoal tindakan pihak tertentu yang mempertikaikan keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menukar nama beberapa jalan di Kuala Lumpur.

Sebaliknya, beliau berkata pertukaran nama jalan itu bagi memastikan rakyat di negara ini terus mengingati nama Yang di-Pertuan Agong yang menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah negara.

“Apa salahnya kita nak tukar melainkan saya tukar nama yang ada sejarah, kalau kita tukar nama Yang di-Pertuan Agong baguslah…tapi kalau saya tukar kepada nama Datuk Bandar, awak nak marah tak apalah.

“Kita ada 10 Yang di-Pertuan Agong, dua dah ada (Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Sultan Salahuddin) ada lapan Agong tak ada, jadi kita ambil keputusan untuk tukar nama jalan.

“Misalnya, Jalan Duta…ia tak ada apa-apa makna buat kita, kenapa kita tak boleh tukar Jalan Duta sebagai Jalan Tuanku Abdul Halim. lagipun baginda dah dua kali jadi Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan tinjauan projek River of Life di depan Bangkok Bank, Masjid Jamek, Jambatan Lebuh Pasar Besar dan Dataran Merdeka di sini, hari ini.

Jalan terbabit ialah Jalan Duta yang ditukarkan kepada Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Khidmat Usaha (Jalan Sultan Haji Ahmad Shah), Jalan Ipoh (Jalan Sultan Azlan Shah), Persiaran Duta (Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin ), Jalan Khidmat Setia dan jalan Ibadah (Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin), Lebuhraya Mahameru (Lebuhraya Sultan Iskandar), Persiaran Mahameru (Persiaran Tuanku Ja’afar) dan dan Jalan Semarak (Jalan Sultan Yahya Petra).

Pertukaran nama baharu itu berkuat kuasa pada 26 November lalu. – BH Online

Tags: Jalan RayaTengku Adnan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu hantaran di media sosial oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen apabila...

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

15/04/2026
0

KUANTAN - Penduduk Paya Besar menggesa pihak berwajib menangani isu kemalangan yang kerap berlaku di laluan susur keluar Jalan Kg...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd