• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CIDB Berkas 12 Buruh Asing Dalam Satu Operasi Pagi Ini

oleh AK-47
21/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Perlis memberkas 12 buruh asing dalam satu operasi bersepadu di sebuah tapak pembinaan di Seriab di sini, hari ini.

Pengarahnya, Mohammad Farris Abdul Aziz berkata lapan daripada mereka tidak memiliki kad perakuan pekerja binaan atau Kad Hijau CIDB manakala Kad Hijau milik dua orang lagi telah tamat tempoh.

Katanya operasi itu yang disertai lapan agensi antaranya Jabatan Imigresen, Jabatan Kesihatan serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan memeriksa 49 pekerja binaan, kebanyakannya warga Bangladesh dan Myanmar bagi membendung kebanjiran warga asing di Perlis.

“Pekerja asing yang tidak memiliki Kad Hijau dikompaun RM5,000 seorang manakala majikan diberi amaran,” kata Mohammad Farris pada sidang media selepas tamat operasi.

Katanya Kad Hijau adalah dokumen pengesahan untuk pekerja asing yang memohon bekerja di tapak pembinaan yang turut mengesahkan bidang kepakaran mereka.

Mohammad Farris menasihatkan para kontraktor projek mematuhi peraturan kerana mereka yang cuai dan melanggar peraturan CIDB atau agensi penguatkuasaan lain boleh dikompaun, diberhentikan operasi serta merta atau lesen digantung.

Dalam operasi sama, Jabatan Kesihatan mengeluarkan satu kompaun RM500 kepada kontraktor sebuah projek yang menjadi sarang pembiakan nyamuk manakala satu lagi notis pembersihan tapak. – BERNAMA

Tags: Buruh AsingCIDB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

120,000 Buruh Asing Hanya Penuhi 30 Peratus Sektor Perladangan

30/11/2021
0

PUTRAJAYA : Kira-kira 120,000 daripada lebih 280,000 pekerja asing yang sudah mendaftar dalam Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) terdiri buruh...

Vaksin Dibuka Kepada 40,000 Pekerja Sektor Pembinaan

17/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menawarkan vaksinasi COVID-19 kepada 40,000 pekerja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd