• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

120,000 Buruh Asing Hanya Penuhi 30 Peratus Sektor Perladangan

oleh Mohd Arshad
30/11/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Kira-kira 120,000 daripada lebih 280,000 pekerja asing yang sudah mendaftar dalam Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) terdiri buruh untuk sektor perladangan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata golongan itu bagaimanapun hanya menyumbang kepada antara 20 hingga 30 peratus daripada keperluan sebenar tenaga buruh dalam sektor perladangan negara.

Beliau berkata, pekerja asing itu juga sememangnya sudah berada di negara ini dan majikan lama mahu mengambil mereka untuk kembali bekerja.

“Daripada 280,000 ini, sebanyak 120,000 untuk perladangan. Mereka yang mendaftar ini memang berada di sini.

“Jumlah 120,000 hanya memadai untuk 20 hingga 30 peratus daripada jumlah tenaga kerja yang diperlukan dalam sektor perladangan,” katanya selepas melancarkan Pusat Satelit ESD di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Media semalam melaporkan, masalah lambakan lebih 200,000 pekerja asing yang memohon untuk bekerja semula menerusi Program RTK dijangka selesai pada akhir tahun ini.

Hamzah dilaporkan berkata, keutamaan diberikan kepada pekerja lengkap vaksinasi, selain bergantung permohonan majikan di sektor perkilangan, pembinaan, pertanian serta peladangan.

Hamzah berkata, walaupun Kementerian Sumber Manusia sebelum ini mengumumkan kira-kira 32,000 tenaga buruh asing akan dibawa masuk ke Malaysia untuk bekerja di sektor perladangan, masih belum ada yang tiba setakat ini.

“Ramai yang keliru, untuk pekerja perladangan masuk dari luar negara, secara realistik 32,000 ini tidak cukup untuk sektor perladangan.

“Sektor itu memerlukan angka yang lebih besar dan pada waktu ini kita berdepan penularan COVID-19 dan prosedur membawa masuk pekerja asing juga diperketatkan,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Buruh AsingSektor Perladangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Memalukan… 5,000 PATI Malaysia Di Korea Selatan

13/03/2018
0

SEOUL – Terdapat dalam purata 5,000 orang Malaysia yang bekerja dan menetap secara haram di Korea Selatan, dan segelintir daripada...

Permudah Syarat Bawa Masuk Pekerja Sektor Perladangan

29/12/2017
0

PADANG BESAR – Pengerusi Risda Datuk Zahidi Zainul Abidin meminta kerajaan memberi kelonggaran bagi mempermudahkan untuk membawa masuk pekerja asing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd