KUALA LUMPUR – Bilangan syarikat yang mendaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 182,665 hingga pada 3 Disember, naik 3,310 daripada kelmarin, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Bilangan syarikat yang mendaftar GST sudah lebih daripada sasaran kerajaan sebanyak 140,000 menjelang hujung tahun ini. Syarikat dengan pendapatan tahunan lebih RM500,000 disyaratkan mendaftar untuk sistem percukaian baharu itu sebelum 31 Disember ini. Sistem cukai GST akan berkuatkuasa pada 1 April 2015.
Bagaimanapun, syarikat yang belum mencapai syarat wajib turut digalakkan mendaftar untuk persediaan masa depan. – BERNAMA

