• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Beri Keutamaan Perbelanjaan Pertahanan

oleh Ahmad Albab
21/03/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Perbelanjaan pertahanan Malaysia akan terus meningkat selepas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memulakan pelan jangka panjang untuk memodenkan dan menaik taraf peralatan mereka, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata RM26 bilion diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RM11) untuk meningkatkan pertahanan, ketenteraman awam dan penguatkuasaan.

“Pertahanan dan keselamatan adalah paling penting kepada mana-mana negara kerana ia adalah satu keutamaan bagi mengekalkan keutuhan wilayah dan kedaulatan negara,” katanya ketika berucap merasmikan Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA ’17) di sini hari ini.

Menurut beliau, Malaysia perlu melengkapkan angkatan tenteranya dengan keupayaan untuk menghadapi peperangan moden iaitu simetri dan asimetri.

“LIMA ’17 telah menghimpunkan firma aeroangkasa dan maritim dari seluruh dunia untuk mempromosikan teknologi terkini mereka,” katanya.

Perdana Menteri berkata penganjuran LIMA adalah seiring dengan keperluan untuk melengkapkan ATM dengan keupayaan untuk menghadapi peperangan moden.

“Kami sangat berbangga kerana LIMA terus menjadi laluan masuk berkesan kepada satu daripada pasaran terbesar aeroangkasa dan maritim dunia dan ia telah menjadi kalendar acara global utama,” katanya.

Najib berkata LIMA ’17 yang merupakan edisi ke-14 sejak penganjuran sulungnya pada 1991, telah mengumpulkan 520 syarikat pempamer dari 35 negara mewakili lebih 55 peratus daripada 100 syarikat maritim dan aeroangkasa terulung di dunia.

Beliau berkata lebih 300 delegasi pertahanan dan keselamatan, 55 kapal perang dan bot, 106 pesawat dan 467 wartawan dari seluruh dunia menghadiri pameran itu.

“Menjelang hujung minggu ini, kami menjangkakan lebih 40,000 pelawat perdagangan akan mengunjungi dewan pameran dan ia adalah satu pencapaian bagi keupayaan LIMA untuk menjana perniagaan dan kepentingan awam.

Beliau berkata pembabitan pelbagai kementerian seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pengangkutan telah menambah nilai kepada penganjuran LIMA tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai antara yang hadir ke upacara perasmian LIMA ’17. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin meluahkan rasa kesal terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd