• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Ditahan Bersama 568 Gram Heroin Bernilai RM50,000

oleh Ahmad Albab
04/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu memberkas dua lelaki dan merampas 568 gram serbuk putih yang dipercayai dadah jenis heroin yang bernilai kira-kira RM50,000 berhampiran kawasan stesen minyak Kampung Bukit Tunggal di sini Selasa lalu.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata suspek yang berusia 24 dan 37 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9.30 malam di dalam sebuah kereta proton Wira hitam dipercayai sedang menunggu pelanggan di kawasan terbabit.

“Hasil siasatan lanjut ke atas kenderaan terbabit, kami juga menemui satu beg kertas di dalam bonet belakang kereta tersebut yang mengandungi 100 botol serbuk putih yang dianggarkan seberat 568 gram,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek memperoleh bekalan dadah dari negara jiran dan kesemua dadah itu dipercayai untuk diedarkan di sekitar Kuala Terengganu dan Marang.

Kedua-dua suspek yang turut positif dadah jenis Methamphetamine dan Opiat kini direman selama seminggu untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Untuk rekod, bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, polis Terengganu telah menahan seramai 113 suspek yang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya berbanding 95 suspek bagi tempoh yang sama tahun lalu. – BERNAMA

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd