• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Media Berkumpul Di Luar Kedutaan Semakin Kurang

oleh AK-47
21/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keghairahan wartawan tempatan dan asing menunggu di luar Kedutaan Korea Utara bagi mengawasi kelibat pegawai kedutaan untuk komen berhubung pembunuhan Kim Jong-nam semakin reda.

Ini berikutan tiada seorangpun pegawai termasuk jurucakap kedutaan Ri Tong-il telah mengeluarkan apa-apa kenyataan atau bercakap kepada media sejak 18 Feb.

Jong-nam dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Feb lepas ketika menunggu penerbangan ke Macau apabila dihampiri dua wanita yang menyapu mukanya dengan bahan kimia yang kemudiannya dikenal pasti sebagai agen saraf VX.

Kedua-dua wanita itu, seorang warga Vietnam dan seorang lagi rakyat Indonesia telah didakwa di Mahkamah Majistret Sepang atas tuduhan membunuh.

Wartawan agensi berita Korea Selatan Yonhap, Harrison Choi Hyun-seok berkata bagi agensi itu, kes tersebut dianggap telah selesai dan mereka akan pulang tidak lama lagi.

‘Kami berada di sini sejak hari pertama, malah cuba mengesan keluarga Jong-nam di Macau. Kita tidak tahu bila mayatnya akan dituntut oleh keluarga dan kemungkinan, mereka langsung tidak akan menuntutnya,” kata beliau.

Sebelum itu, wartawan antarabangsa dan tempatan akan berkumpul di luar kedutaan sehingga 11 malam dan berada di sana seawal jam 8 pagi tetapi sekarang, tidak sampai 10 orang wartawan menunggu setiap hari dan kesemua mereka akan meninggalan perkarangan kedutaan kira-kira 7 malam.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sedang memburu beberapa lagi individu untuk membantu siasatan kes pembunuhan Jong-nam termasuk tiga warga Korea Utara yang dipercayai bersembunyi di kedutaan tersebut. – BERNAMA

Tags: Kedutaan Korea Utaramedia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

26/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mendapat perhatian meluas media asing selepas...

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

28/12/2025
0

ARAU - Istana Arau di sini menjadi tumpuan pengamal media, dipercayai bagi membuat liputan istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd