• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ditahan Buat Kenyataan Jelik Terhadap PM

oleh AK-47
21/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki berusia 46 tahun ditahan polis hari ini selepas didapati mengeluarkan kenyataan jelik terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman sosial pada 16 Mac lalu.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki itu ditahan pukul 1 tengah hari tadi di Pulau Pinang berikutan kenyataan dibuatnya yang dipercayai boleh menggugatkan keharmonian serta kesejahteraan negara.

“Pada 16 Mac lalu, polis Johor menerima beberapa laporan berkaitan penyalahgunaan media sosial itu dengan satu kenyataan jelik terhadap Perdana Menteri dan polis telah membuat tindakan susulan.

“Suspek ditahan di sebuah restoran di Tingkat 2, ICT Mall Komtar, Georgetown dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan di sini petang tadi.

Wan Ahmad Najmuddin berkata polis turut merampas sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan suspek bagi membuat kenyataan jelik terhadap Perdana Menteri melalui laman Facebook.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Wan Ahmad Najmuddin turut menasihati orang ramai agar tidak menyalahgunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi bagi mengeluarkan kenyataan palsu atau untuk menyakitkan hati, menganiaya, mengugut dan mengganggu orang lain.

“Sebagai negara yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa, hormat menghormati serta sifat kesopanan dan kesusilaan di antara satu sama lain adalah begitu penting dalam menjamin keharmonian sesebuah negara.

“Saya juga mengingatkan polis Johor tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas ke atas pihak terbabit,” tegasnya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakDatuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin meluahkan rasa kesal terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd