• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waspada Janji Manis Pihak Cuba Ambil Alih Kedah

oleh AK-47
21/03/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mahu semua rakyat di negeri ini berhati-hati dengan janji manis kelompok yang cuba mengambil alih Kedah daripada Barisan Nasional (BN).

Ahmad Bashah berkata ia berikutan kewujudan parti-parti baharu ketika ini seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang banyak menabur janji, kononnya lebih hebat dan mampu membawa kemajuan kepada rakyat.

“Kita ada kerajaan dan pimpinan yang hebat, BN telah banyak membawa perubahan, jangan kerana mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perasmian Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar Melalui Sistem Gred Nasional Sambungan Kabel Dasar Laut ke Pulau Tuba di sini hari ini yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya sebagai menghargai kenyataan Perdana Menteri yang menyifatkan Kedah sebagai jantung hati UMNO Malaysia, rakyat di negeri Jelapang Padi sepatutnya perlu menyedari ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk memikul tugas tersebut.

“Apabila jadi jantung hati UMNO, kita harus melihat jauh ke depan, hari ini kerajaan BN selalu menepati janji dan kita telah mendapat begitu tinggi sanjungan dan budi ditaburkan perdana menteri di seluruh Kedah.

“Menjadi tanggungjawab kita rakyat Kedah tahu membalas budi…budi dah terima begitu banyak sekali, kalau nak mendapat keberkatan kita mesti menjadi insan yang tahu membalas budi dan ganjaran lebih hebat akan turun ke bumi Kedah,” katanya. – BERNAMA

Tags: BNDatuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd