• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Lancar Zon Perdagangan Bebas Digital Rabu Ini

oleh Ahmad Albab
20/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan Zon Perdagangan Bebas Digital pertama pada Rabu, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan di Parlimen hari ini.

Acara itu dilangsungkan bersama kehadiran Pengasas Alibaba Jack Ma.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Datuk Seri Dr Mohd Leo Michael Toyad Abdullah (BN-Mukah) mengenai rangka kerja strategik yang dilaksanakan oleh Miti bagi memanfaatkan gelombang Industri 4.0, yang mampu meningkatkan pendapatan negara kepada RM2 trilion dalam tempoh tujuh hingga lapan tahun akan datang.

Zon Perdagangan Bebas Digital yang diilhamkan oleh Najib, dirancang untuk menggalakkan lebih banyak pihak terlibat dalam sektor e-dagang negara.

Pelaksanaan zon pertama seumpama itu di dunia, diumumkan dalam pembentangan Bajet 2017.

Najib juga melantik jutawan Internet, Jack Ma, sebagai penasihat ekonomi digital Malaysia semasa lawatan beliau ke China tahun lepas bagi menerajui pembangunan e-dagang Malaysia.

Ahmad berkata Zon Perdagangan Bebas Digital itu akan menggabungkan zon fizikal dan maya dengan perkhidmatan digital dan perkhidmatan dalam talian tambahan bagi memudahkan inovsi berasaskan Internet dan e-dagang antarabangsa.

Beliau berkata Malaysia yang bergantung kepada perdagangan perlu meningkatkan rantaian nilai untuk menjadi pangkalan kilang yang berkualiti tinggi menerusi penggunaan teknologi agar negara lebih berdaih saing di peringkat serantau dan global.

“Untuk itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai inisiatif berhubung industri 4.0 termasuk mengistiharkan 2017 sebagai tahun ekonomi Internet Malaysia,” katanya.

Industri 4.0 mendorong syarikat untuk menggunaan automasi dan pertukaran data dalam teknologi pembuatan yang mewujudkan kilang pintar, dengan mesin disambungkan dengan Internet dan kepada sistem yang boleh menggambarkan keseluruhan rantain pengeluaran.

Beliau juga berkata sumbangan ekonomi digital Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah mencecah 17.8 peratus pada 2015 dan hampir merealisasikan sasaran 18.2 peratus yang ditetapkan untuk 2020.

“Sebanyak RM162 juta diperuntukan dalam Bajet 2017 untuk melaksanakan pelbagai program seperti ekosistem e-dagang, ‘Digital Maker Movement”, serta pengenalan kategori lokasi baharu sebagai Hub Digital Malaysia,” kata Ahmad. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Media berbahasa Cina melaporkan ruangan komen di media sosial hari ini dipenuhi ucapan penghargaan kepada bekas Perdana...

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

28/06/2026
0

SHAH ALAM - Pelancaran LRT3 Laluan Shah Alam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didakwa menjadi bukti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd