• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UUM Sasar Jadi 200 Universiti Terbaik Dunia

oleh Ahmad Albab
19/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINTOK – Universiti Utara Malaysia (UUM) menyasarkan kedudukan 200 universiti terbaik di dunia menjelang 2020, kata Naib Canselornya Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Beliau berkata sasaran itu ditetapkan di bawah Perancangan Strategik Fasa 11 yang bermula tahun lalu hingga 2020 dengan tumpuan pada pengukuhan kedudukan universiti di persada antarabangsa.

“Sasaran di bawah fasa itu ialah antara 200 terbaik dunia, 50 terbaik Asia, 10 terbaik Asia Tenggara dan lima terbaik di Malaysia,” katanya pada majlis Sambutan Hari Pengasasan ke-33 UUM di sini hari ini.

Menurut Times Higher Education World University Rankings 2016-2017, UUM berada di kedudukan 801 daripada 980 universiti dari 79 negara.

Mengulas lanjut, Mohamed Mustafa berkata bagi tujuan itu, UUM mewujudkan pelbagai mekanisme termasuk penubuhan enam pusat kecemerlangan universiti, 21 pusat kecemerlangan pusat pengajian dan 32 unit penyelidikan.

Beliau juga berkata UUM menyasarkan 250 perjanjian persefahaman dengan universiti terkemuka dan industri menjelang 2020.

Sementara itu, beliau berkata pelaksanaan fasa satu pelan strategik tersebut yang berlangsung dari 2011 hingga 2015 telah membuahkan hasil menerusi pelbagai kejayaan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Antaranya tersenarai di tangga ke-45 daripada 407 universiti dalam UI Greenmetric World University Ranking 2016.

“UUM juga menerima Global Gold Medal pada Green World Award 2016 selain menjadi universiti pertama melaksanakan projek tanggungjawab sosial korporat dengan menyediakan kemudahan jalur lebar Wifi kepada komuniti di sekitar Sintok, Changlun dengan capaian 5 Gigabait per saat,” katanya. – BERNAMA

Tags: UUM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UUM: Tiada Bukti Vinosiny Maut Akibat Renjatan Elektrik

UUM: Tiada Bukti Vinosiny Maut Akibat Renjatan Elektrik

07/05/2024
0

Universiti Utara Malaysia (UUM) berhujah laporan bedah siasat polis dan siasatan bebas Suruhanjaya Tenaga (ST) tidak menunjukkan bukti pelajar S...

134 Pelajar UUM Terima Komputer Riba

134 Pelajar UUM Terima Komputer Riba

28/06/2022
0

SINTOK - Seramai 134 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dari golongan berpendapatan rendah (B40) menerima komputer riba sumbangan FWD Takaful...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd