• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota UMNO Perlu Berani Dendang Kejayaan Parti

oleh Ahmad Albab
19/03/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Semua anggota UMNO khususnya yang berada dalam barisan kepimpinan diminta mendendangkan kisah kejayaan parti pada setiap masa dan bukan hanya memberi respons apabila ada kritikan.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata perkongsian kisah kejayaan itu dapat membuka mata orang ramai khususnya orang Melayu dan anggota parti amnya mengenai usaha UMNO membela nasib mereka.

“Ia akan jadi tugas anggota untuk menceritakan rekod dan kejayaan UMNO kepada rakyat termasuk usaha pucuk pimpinan, misalnya dalam ekonomi merudum tetapi Malaysia tetap mampu bertahan.

“Jangan malu untuk dendangkan kejayaan itu kerana pembangkang pasti akan terus memainkan isu tertentu seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan dan 1Malaysia Development Berhad untuk mempengaruhi rakyat,” katanya.

Annuar bercakap kepada pemberita selepas merasmikan secara serentak mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO cawangan bagi Bahagian Bagan Serai di sini hari ini.

Annuar turut meminta pemimpin akar umbi menjadikan mesyuarat cawangan UMNO yang bermula Rabu lalu sebagai medan untuk menjelaskan dan menyelesaikan segala permasalahan berkaitan parti dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

“Tumpukan pada penghayatan dan perjuangan parti, rapatkan saf kerana dengan cara itu pemimpin kita akan menjadi kuat dan kita lebih bersiap sedia hadapi PRU-14.

Ditanya mengenai dakwaan segelintir pihak bahawa UMNO lambat dalam menjawab sesuatu isu, Annuar berkata parti perlu mengumpulkan fakta yang tepat sebelum melakukan penjelasan.

“Realiti telah berubah, sekarang orang fitnah guna hujung jari tapi hendak menjawab kena kumpul fakta sebab itu proses menjawab tidak secepat proses memfitnah,” katanya.

Mesyuarat UMNO peringkat cawangan bermula pada 15 Mac lalu sehingga 30 April depan. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Annuar Musa.
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Eksport Ayam Masih Tidak Dibenarkan

Eksport Ayam Masih Tidak Dibenarkan

08/08/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk tidak lagi membenarkan sebarang eskport ayam buat masa ini bagi menjamin bekalannya dalam negara betul-betul...

Tutup Peluang Kartel Buat Keuntungan Melampau

Tutup Peluang Kartel Buat Keuntungan Melampau

30/06/2022
0

PUTRAJAYA: Sistem pengeluaran bekalan makanan di setiap peringkat perlu dibuat kawalan bagi mengelak wujudnya kartel atau orang tengah yang cuba...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd