• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RTM Tidak Akan Siar Secara Langsung Debat Tun M-Nazri

oleh AK-47
19/03/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RTM tidak menyiarkan secara langsung perdebatan diantara bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata perbahasan yang bakal berlangsung pada 25 Mac ini di Perak cuma merupakan perdebatan dua individu dan bukannya atas kapasiti tertentu.

“Kita tidak ada rancangan untuk menyiarkan perbahasan tersebut kerana pada pendapat kita apa yang berlaku ialah dimana Tun Dr. Mahathir yang mencabar Datuk Seri Nazri untuk berbahas di kawasan beliau sendiri dan beliau (Nazri) telah menyahut cabaran tersebut.

“Pada saya itu satu perbahasan antara dua individu dan bukan satu perbahasan yang dicetuskan oleh pihak RTM.

“Kita tidak ada rancangan untuk menyiarkan perbahasan itu secara langsung,” katanya selepas Majlis Penutup Kursus Tot pemimpin berinformatif ke arah PRU 14 di Hotel Grand Pacific, Ahad.

Sabtu, semalam Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memberi kebenaran perdebatan antara Tun Mahathir dan Nazri yang dijadual diadakan di Kuala Kangsar, Perak.

Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata pihaknya sudah menerima permohonan daripada pihak penganjur untuk mendapatkan permit penganjuran.

Debat yang dijadual diadakan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar itu hebat diperkatakan akhir-akhir ini kerana akan menyentuh isu berbangkit dalam negara antaranya skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF).

Nazri, yang juga Anggota Parlimen Padang Rengas, sudah mengesahkan penyertaan dalam perdebatan itu dan menjamin ia akan berlangsung dalam suasana aman dan harmoni. – Agenda Daily

Tags: Nazri AzizRTMTun Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RTM Henti Sementara Siaran Siri Animasi ‘Santiago Of The Seas’

RTM Henti Sementara Siaran Siri Animasi ‘Santiago Of The Seas’

17/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghentikan sementara siaran siri animasi 'Santiago of the Seas' di TV2 susulan aduan penonton...

RTM Mohon Maaf Tersilap Sebut Nama Presiden Indonesia

RTM Mohon Maaf Tersilap Sebut Nama Presiden Indonesia

26/10/2025
0

SHAH ALAM - Radio Televisyen Malaysia (RTM) memohon maaf atas kesilapan pengulasnya yang tersilap menyebut nama Presiden Republik Indonesia ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd