• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Myanmar Diburu Bantu Siasat Kes Bunuh Rakan

oleh
19/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT BUNTAR – Polis sedang memburu seorang suspek utama kes pembunuhan seorang warga Myanmar yang maut dikelar di sebuah rumah kedai di Pusat Bandar Fasa 2 di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata dalam kejadian antara 12 tengah hari hingga 1 tengah hari itu, mangsa, Nyi Tun Oo, 32, ditemui mati oleh seorang rakan serumahnya dengan keadaan lehernya dikelar.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh oleh seorang rakan serumahnya yang dikenali sebagai Zaw Naing, 32, menggunakan pisau pemotong daging selepas berlaku pergaduhan.

“Suspek kemudiannya melarikan diri dengan membawa senjata itu, sebelum meninggalkannya di dalam longkang di hadapan sebuah pejabat agensi kerajaan, kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian,” katanya dihubungi di sini hari ini.

Omar Bakhtiar berkata mangsa difahamkan baru dua bulan berada di Malaysia dan bekerja di sebuah kilang di Parit Buntar bersama suspek dan lapan penghuni rumah kedai berkenaan.

“Motif pembunuhan masih dalam siasatan kerana polis berdepan kesukaran berkomunikasi dengan saksi kejadian akibat masalah bahasa.

“Kesemua lapan penghuni rumah kedai berkenaan yang dijadikan asrama telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian untuk membantu siasatan,” kata Omar Bakhtiar.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat yang dijangka akan dilaksanakan pakar patologi esok dan khidmat anjing pengesan K-9 turut diguna bagi menjejaki suspek yang dipercayai masih berada di daerah Kerian. – BERNAMA

Tags: kes bunuhMyanmar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd