• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Westwood Dipecat Sebagai Jurulatih Pulau Pinang

oleh Ahmad Albab
19/03/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kontrak ketua jurulatih Pulau Pinang, Ashley Westwood ditamatkan serta merta oleh Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) susulan prestasi hambar skuad harimau kumbang dalam saingan Liga Super musim ini.

Presiden FAP, Zairil Khir Johari berkata Westwood telah mencapai kata sepakat untuk menamatkan kontraknya selepas bekas pemain Manchester United itu dilantik untuk tempoh dua tahun mulai Januari lepas.

“Saya bagi pihak FAP merakamkan penghargaan atas khidmat dan usaha beliau selama berada dengan pasukan Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Justeru, katanya, FAP telah melantik pembantu ketua jurulatih, Darren Read, bagi memangku jawatan itu buat sementara waktu sehingga pelantikan ketua jurulatih baharu diumumkan dalam masa terdekat.

Dalam saingan musim ini, Pulau Pinang kini menduduki tangga tercorot Liga Super 2017 selepas lapan perlawanan tanpa menang dengan hanya mengumpul dua mata.

Mencatatkan dua keputusan seri dengan Malacca United dan PKNS dan enam tewas menyaksikan Pulau Pinang muncul pasukan tunggal dalam Liga Super musim ini yang masih belum mencatatkan sebarang kemenangan.

Di bawah bimbingan Westwood, skuad harimau kumbang hanya berjaya mencatatkan satu kemenangan setakat ini iaitu menewaskan MPKB-BRI U-Bes 1-0 pada saingan Piala FA, Februari lepas.

Pulau Pinang juga telah tercicir dari saingan Piala FA 2017 selepas tewas 4-1 kepada Negeri Sembilan pada pusingan ketiga, 11 Mac lalu. – BERNAMA

Tags: Ashley Westwood
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kedudukan Westwood Masih Selamat Setakat Ini

28/02/2017
0

GEORGE TOWN - Kedudukan ketua jurulatih Pulau Pinang, Ashley Westwood masih selamat biarpun terdapat desakan yang mahu beliau disingkirkan. Presiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd