• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Maut, Seorang Cedera Kemalangan Di Parit Buntar

oleh Ahmad Albab
19/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan sebuah kereta di sebuah lampu isyarat di Parit Buntar, kira-kira 127km, dari sini, awal hari ini.

Dalam kejadian 5.28 pagi itu, pemandu kereta jenis Proton Wira maut di tempat kejadian manakala penumpang kenderaan terbabit mengalami kecederaan di bahagian kaki.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Parit Buntar, Abdull Halim Mansor berkata mayat mangsa dan mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Parit Buntar.

“Difahamkan kereta Proton Wira dari arah Pulau Pinang ke Taiping telah bertembung dengan bas ekspres yang dari arah Taiping ke Parit Buntar dan menyebabkan dua orang yang menaiki kereta itu tersepit.

“Bagaimanapun pemandu bas dan penumpang di dalam bas berkenaan selamat,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Sembilan anggota bomba dan penyelamat terlibat dalam operasi menyelamat yang selesai pukul 6.46 pagi, kata Abdull Halim. – BERNAMA

Tags: kemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd