• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lokasi Baharu H5N1 Dikesan Di Pasir Mas

oleh
18/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Dua lokasi baharu dikenal pasti positif wabak selsema burung (H5N1) di Pasir Mas sejak semalam, menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan (JPVK).

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata operasi pemantauan membabitkan pengambilan 10 sampel daripada dua pemilik unggas telah dilakukan dan turut melupuskan 554 ekor ternakan dan 415 biji telur di dua lokasi berkenaan.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut dua lokasi baharu yang positif dengan wabak terbabit.

“Secara keseluruhan, sehingga 17 Mac, 28 lokasi disahkan positif virus H5N1 di enam jajahan iaitu Kota Bharu (14 lokasi), Pasir Mas (enam lokasi), Tumpat (tiga lokasi), Tanah Merah (satu lokasi), Bachok (satu lokasi) dan Pasir Puteh (tiga lokasi), membabitkan 43 premis.

“Jumlah pelupusan adalah 30,927 ekor ternakan dan 11,804 biji telur. Sebanyak 3,012 sampel turut diambil daripada 502 pemilik,” menurut JPVK.

Kenyataan itu turut menyebut pasukan petugas digerakkan dengan segera untuk menangkap dan melupuskan kesemua unggas di dalam radius 1 kilometer (km) daripada setiap lokasi yang dikesan penyakit, dan dalam masa yang sama pasukan pemantau aktif digerakkan di kawasan 1 hingga 10 km radius daripada setiap lokasi kejadian penyakit.

Menurut JPVK, wabak kini sedang dikawal di dalam radius 30km dari lokasi Kampung Pulau Tebu yang membabitkan enam jajahan yang terlibat dengan H5N1.

“Di dalam pemantauan aktif ini, pemerhatian klinikal terhadap semua unggas dilakukan dan pengambilan sampel calitan kloakal dan karkas (jika terdapat kematian) diambil.

“Sampel-sampel tersebut dihantar ke Institut Penyelidikan Veterinar (VRI), Ipoh, Perak untuk ujian pengesahan kejadiran virus avian influenza,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, JPVK turut memaklumkan tiada ladang ternakan ayam komersial di dalam 10 km radius kawasan pengesanan penyakit serta langkah-langkah tambahan dikuatkuasakan termasuk pembasmian kuman di premis yang dijangkiti, kawalan pergerakan dan kuarantin zon jangkitan selama 42 hari.

“Keadaan adalah terkawal dan terhad kepada kawasan yang dijangkiti dan melibatkan ayam kampung dari penternak kecil-kecilan sahaja dan sekatan jalan raya dikendalikan sebagai kawalan pergerakan unggas daripada negeri Kelantan di empat lokasi strategik.

“Setakat ini tiada kes jangkitan dikesan di kalangan manusia dan ayam pedaging serta telur yang dimasak adalah selamat untuk dimakan. Orang ramai diminta untuk melaporkan kepada Jabatan Veterinar yang terdekat jika ada apa-apa kejadian kematian ayam,” menurut kenyataan itu.

Dilapor kerajaan negeri Kelantan pada 15 Mac lepas mengisytiharkan wabak selesema burung (H5N1) sebagai bencana negeri selepas beberapa ekor ayam kampung mati akibat wabak berkenaan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong di sini pada 6 Mac lepas. – BERNAMA

Tags: H5N1KelantanSelsema Burung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

01/12/2025
0

TANAH MERAH – Isteri maut ditikam dua kali di bahagian belakang badannya oleh suami menggunakan sebilah pisau di dapur rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd