• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Guna Orang Tengah Daftar Pekerja Asing

oleh Ahmad Albab
18/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menasihatkan para majikan agar segera mendaftarkan pekerja masing-masing dengan hadir sendiri ke pejabat-pejabat Imigresen tanpa melalui orang tengah atau ejen.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali dalam kenyataannya hari ini berkata ia bagi mengelakkan majikan daripada ditipu oleh individu tidak bertanggungjawab yang cuba mengaut keuntungan melalui program tersebut.

“JIM telah berjaya mendaftarkan sebanyak 3,722 majikan melibatkan seramai
22,125 pekerja asing tanpa izin (PATI) dan sebanyak 20,108 E-Kad berjaya dikeluarkan setakat ini,” katanya.

Mustafar berkata majikan perlu segera mendaftarkan pekerja mereka memandangkan program E-Kad yang akan berakhir pada 30 Jun ini tidak akan dilanjutkan.

“Setelah tempoh berakhir, mana-mana majikan yang didapati menggaji PATI secara tidak sah atau tanpa berdaftar melalui apa-apa program yang berkuat kuasa pada masa ini akan diambil tindakan penguatkuasaan serta dikenakan hukuman yang berat mengikut peruntukan perundangan sedia ada,” katanya.

Bagi kesalahan menggaji PATI tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 55(B) Akta Imigresen 1959/63 yang mengenakan hukuman denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

Hukuman sebat juga boleh dikenakan jika majikan menggajikan lebih daripada lima orang pekerja tanpa pas yang sah, katanya.

Program E-Kad bertujuan memenuhi permintaan majikan bagi mengisi keperluan tenaga kerja dalam sektor yang dibenarkan.

Program yang diperkenalkan pada 15 Feb 2017 ini dilaksanakan di 13 negeri di Semenanjung Malaysia pada masa ini. – BERNAMA

Tags: pekerja asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Aktivis dakwah, Firdaus Wong Wai Hung mengemukakan beberapa persoalan kritikal berhubung penganjuran acara Rain Rave 2026 yang...

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

08/05/2025
0

BATU GAJAH – Tidak menerima gaji sehingga lima bulan merupakan antara nasib malang yang dialami oleh 55 pekerja warga asing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd