• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Tak Terfikir Tarik Diri Pencalonan Presiden FAM

oleh Ahmad Albab
18/03/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JERLUN – Tan Sri Annuar Musa berkata beliau sama sekali tidak pernah terfikir untuk menarik diri daripada pencalonan jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menyatakan bahawa “ilham tarik diri belum datang”, Annuar yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata sebaliknya banyak pihak mahu beliau meneruskan niat untuk bertanding jawatan itu.

Pada masa sama katanya beliau tidak mahu menjadikan pertandingan itu sebagai segala-galanya.

“Saya lebih memikirkan soal kepentingan rakyat dan kemenangan kerajaan dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14,” katanya selepas menghadiri perasmian serentak Mesyuarat Cawangan UMNO seluruh Kedah, di sini hari ini.

Annuar berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau berhasrat menarik diri daripada pertandingan pada 25 Mac ini yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara beliau dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Mengulas lanjut, Annuar berkata beliau juga tidak mahu berpolitik dan berkempen semata-mata untuk meraih undi sehingga mengeruhkan suasana kerana yakin kesemua anggota gabungan FAM tahu siapa yang layak menyandang jawatan itu.

“Apa yang penting bola sepak negara perlu diperbaiki, kalau saya menang pun tak apa, kalah pun tak apa, saya tetap boleh bantu,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan kewibawaan beliau untuk menerajui FAM, Annuar berkata beliau menerima dengan hati terbuka apa jua kritikan yang dilemparkan terhadapnya.

“Saya wajar dipertikaikan… kalau saya jadi calon yang tiada orang pertikai maknanya saya sempurna. Orang berani mempertikaikan saya, saya pun terasa ingin mempertikaikan tapi kita jaga tertib dan jaga bahasa,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Annuar Musa.
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Eksport Ayam Masih Tidak Dibenarkan

Eksport Ayam Masih Tidak Dibenarkan

08/08/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk tidak lagi membenarkan sebarang eskport ayam buat masa ini bagi menjamin bekalannya dalam negara betul-betul...

Tutup Peluang Kartel Buat Keuntungan Melampau

Tutup Peluang Kartel Buat Keuntungan Melampau

30/06/2022
0

PUTRAJAYA: Sistem pengeluaran bekalan makanan di setiap peringkat perlu dibuat kawalan bagi mengelak wujudnya kartel atau orang tengah yang cuba...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd