• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fauziah Latiff Sahkan Bakal Nikah Tahun Depan

oleh Ahmad Albab
04/12/2014
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas sekian lama mengunci mulut mengenai alam rumah tangga, penyanyi Fauziah Latiff akhirnya mendedahkan bakal bernikah dengan lelaki pilihan pada tahun depan.

Fauziah atau lebih mesra dengan panggilan Jee, 44, berkata, keputusan tersebut dibuat kerana dia merasakan sudah tiba masanya untuk memulakan kehidupan berkeluarga selepas kekecewaan dalam perkahwinan terdahulu.

“Ya… Insya-Allah tahun depan masa sesuai untuk saya mendirikan rumah tangga.

“Saya sendiri berdebar-debar untuk melangkah ke alam itu semula, tapi saya fikir ia adalah untuk kebahagian semua pihak termasuk anak-anak,” ujarnya kepada mStar Online.

Fauziah berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran novel Mutiara Hati Rafflesia, di Hotel Istana, di sini Rabu.

Dalam pada itu, Fauziah memberitahu tidak terlalu memberi tumpuan untuk mengenai persiapan majlis perkahwinan tersebut kerana mahu ia dilaksanakan secara sederhana sahaja.

“Saya tidak banyak buat persiapan kerana pada usia sekarang yang penting ialah untuk settle down sahaja.

“Alhamdulillah, anak-anak saya terima dengan keputusan ini dan mengharap yang terbaik buat kami,” katanya.

Sementara itu, ditanya tentang lelaki berkenaan Fauziah belum bersedia mendedahkan identiti pemuda itu buat sementara waktu.

Fauziah pernah berkahwin dengan Johan Indot di London pada tahun 1997 dan mereka disahkan bercerai pada tahun 2007.

Hasil perkahwinan selama 10 tahun itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Jeffri Joaquim, 15 dan Jeremy Jay, 13.

Dalam perkembangan lain, Fauziah sedang dalam proses menghasilkan lagu baharu untuk mengubati kerinduan peminat terhadapnya. – mStar Online

Tags: Artispenyanyi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd