• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juruteknik TNB Maut Tercampak Di Terengganu

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Seorang juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB) maut setelah kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terlibat kemalangan di laluan Kuala Terengganu- Kota Baharu berdekatan Kampung Sungai Ikan, Tepuh, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa yang memandu Mitsubishi Triton dari arah Kuala Terengganu dikatakan cuba mengelak Perodua Viva yang datang dari arah bertentangan sebelum kenderaan yang dipandunya terbabas dan berpusing beberapa kali lalu terbalik.

Mangsa, Mohd Nizam Zainol Abidin, 30, maut serta-merta di tempat kejadian setelah tercampak keluar daripada kenderaannya menerusi cermin hadapan.

Difahamkan, mangsa bersama dua lagi rakan sekerjanya dari TNB Kuantan, Pahang sedang dalam perjalanan untuk menghadiri tugas rasmi di Kota Bharu, Kelantan.

Bagaimanapun, kedua-dua rakannya iaitu Mohd Fauzi Abdul Aziz, 30, dan Azman Jamaluddin, 29, terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Manakala, kenderaan Perodua Viva yang dipandu seorang wanita berusia 23 tahun yang cuba mengelak turut berpusing dan terbabas di bahu jalan, namun pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abdul Rafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menurutnya kesemua mangsa yang terlibat dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut.

Mayat Mohd Nizam yang berasal dari Temerloh, Pahang turut dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya. – Sinar Harian Online

Tags: kemalangan mautTNB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan adakah syarikat utiliti negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd