India – Doktor-doktor di sebuah hospital berjaya membuang pisau lipat daripada perut seorang bayi lelaki berusia enam bulan yang dijadikan loket oleh keluarganya sebagai penghalau roh jahat.
Dev Thakor, yang berasal dari Gandhinagar, Gujarat, di barat India, tertelan pisau berkenaan ketika sedang menyusu badan ibunya, Rekha Ben.
Keluarganya hanya menyedari mengenai kejadian itu selepas bayi berkenaan mula menangis dan menjerit.
Mereka kemudiannya mendapati pisau kecil itu hilang lalu menghantar Dev ke hospital.
Imbasan x-ray kemudiannya mendapati pisau itu berada di perutnya. Meskipun ibu bapanya tidak mempunyai wang untuk pembedahan berkenaan namun dengan bantuan jiran-jiran, mereka berjaya mengumpul wang yang secukupnya.
Menurut doktor, bayi itu bernasib baik kerana terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan serius.
“Ia adalah satu kes yang kritikan kerana pisau itu berada di bahagian atas perut Dev dan ia boleh mencederakan usunya,’’ kata doktor.

