• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,500 Terkandas Di KLIA Akibat Masalah Bagasi

oleh Ahmad Albab
18/03/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kira-kira 1,500 penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang sejak pagi tadi, selepas 50 penerbangan terpaksa ditunda berikutan masalah pengendalian bagasi oleh syarikat pengendali, AeroDarat Services.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB), Datuk Badlisham Ghazali, berkata masalah itu berpunca akibat kekurangan pekerja syarikat pengendali berkenaan, disebabkan isu jadual dan pertukaran syif petugas.

“Banyak petugas tidak hadir bekerja disebabkan isu berkenaan, menyebabkan timbul masalah pengendalian bagasi ini.

“MAHB sedang membantu pihak pengendali dari semua segi bagi menyelesaikan masalah ini dan ia dijangka selesai sepenuhnya hari ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Selain itu, MAHB turut menasihatkan penumpang supaya menghubungi syarikat penerbangan masing-masing jika berdepan masalah penangguhan penerbangan.

Sebelum ini, beberapa foto viral di media sosial menunjukkan bagasi yang tidak terurus di KLIA yang didakwa berpunca daripada kekurangan pekerja pengurusan bagasi. – Berita Harian

Tags: bagasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Terungkai, Mayat Berlipat Dalam Bagasi Berulat

Misteri Terungkai, Mayat Berlipat Dalam Bagasi Berulat

10/12/2024
0

KAJANG: Bau busuk membongkar penemuan mayat disumbat dalam sebuah bagasi yang ditemui di sebelah longkang besar di Taman Cheras Perdana,...

Mahkamah Arahkan McDonald’s Seluruh Sri Lanka Ditutup

Polis Belum Dapat Sahkan Pemilik Bagasi Berisi RM500,000 – KP Selangor

25/03/2024
0

SHAH ALAM: Polis belum dapat mengesahkan sama ada bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 yang ditemukan di tempat letak kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd