• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ATM Atur Gerak Pasukan Bantu Kemarau Di Somalia

oleh Ahmad Albab
18/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengatur gerak satu pasukan tentera dan aset bagi misi kemanusiaan ke Somalia berikutan bencana kemarau di negara itu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pasukan seramai tiga pegawai dan 17 anggota lain-lain pangkat daripada Kor Kesihatan Diraja ATM kini berada di Riyadh, Arab Saudi.

“Turut dihantar adalah pasukan sokongan daripada kumpulan infantri dengan kekuatan satu seksyen (satu pegawai dan 10 anggota) untuk memberi perlindungan keselamatan kepada pasukan itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Selain itu, katanya sebuah pesawat Hercules C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut diatur gerak untuk membawa bekalan makanan dan ubat-ubatan.

Hishammuddin berkata keputusan itu mendapat persetujuan Jemaah Menteri selepas pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Somalia Mohamed Omer Arteh Ghalib di bangunan Parlimen, Selasa lepas.

“Dalam pertemuan itu, beliau telah memohon Kementerian Pertahanan untuk menyalurkan bantuan makanan dan perubatan serta kepakaran anggota perubatan ATM ke Somalia,” katanya.

Hishammuddin berkata anggota ATM yang berada di Riyadh diatur gerak kerana pengalaman dan pengetahuan yang dimilik mereka selama menjalani latihan di sana.

“Pengalaman dalam operasi evakuasi rakyat Malaysia dari Yaman dan latihan bersama Angkatan Tentera Arab Saudi sebelum ini banyak membantu anggota kita membiasakan diri kepada persekitaran dan struktur muka bumi benua tersebut, sekali gus membolehkan kita merancang dan melaksanakan operasi di Somalia,” katanya.

Menurutnya Malaysia juga berusaha mendapatkan sokongan dan bantuan negara-negara seperti Arab Saudi, Bahrain, Qatar dan negara-negara ASEAN untuk membantu Somalia. – BERNAMA

Tags: ATMDatuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Anggota TDM Maut Dalam Insiden Latihan Membaling Grenad Di Kem Hobart

Dua Anggota TDM Maut Dalam Insiden Latihan Membaling Grenad Di Kem Hobart

16/06/2026
0

Oleh Mynewshub  GURUN, 16 Jun – Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan dua anggotanya meninggal dunia selepas terlibat dalam satu insiden...

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghargai sokongan tidak berbelah bahagi Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail terhadap pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd