• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Puji Tindakan Ahmad Said Kembali Sokong UMNO

oleh AK-47
18/03/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memuji pendekatan UMNO Terengganu menyelesaikan masalah dalaman parti itu hingga ia kini kembali bersatu dan teguh.

Mengambil contoh tindakan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal Datuk Seri Ahmad Said yang terus menyokong kepimpinan UMNO Negeri yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman meskipun terdapat perselisihan faham, Ahmad Zahid berkata langkah itu tepat demi kepentingan parti.

“Kita tahu bahawa walaupun beliau (Ahmad) dihujani pelbagai masalah dalam politik, saya ucapkan terima kasih kepada rakan kita Datuk (Seri) Ahmad Said yang telah memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Ahmad Razif.

“Semangat kekitaan ini yang kita kena kukuhkan. Kita harus ketepikan permasalahan titik bengik yang ada di kalangan kita, di negeri atau bahagian-bahagian (demi kepentingan parti),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat UMNO Cawangan-cawangan peringkat Negeri Terengganu di sini yang turut dihadiri Ahmad Razif dan barisan kepimpinan UMNO Terengganu yang lain.

Sebelum ini, krisis dalaman UMNO Terengganu dilaporkan tegang selepas Ahmad yang juga bekas Menteri Besar dengan lantang mengkritik pentadbiran Ahmad Razif menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap UMNO negeri.

Bagaimanapun, isu tersebut dilihat selesai selepas Ahmad Razif dilihat memeluk mesra Ahmad ketika hadir pada majlis perkahwinan anak lelaki Ahmad pada Feb lalu.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata setiap kepimpinan UMNO perlu mempunyai daya juang, daya tahan dan daya saing untuk mempertahankan parti, bangsa Melayu dan agama Islam tanpa mengenepikan agama lain.

“Ia boleh diibaratkan seperti ini : Mana ada pokok yang paling tinggi tidak dipanah petir atau rumah di tepi pantai yang tidak dilambung ombak. Pemimpin perlu istiqamah dan wajib menghadapinya.

“Walaupun saya tahu di bahagian-bahagian ada masalah tetapi demi kemenangan UMNO, ketepikan masalah itu dan saya yakin apabila pemimpin-pemimpin UMNO melakukan itu, kekuatan UMNO Terengganu dapat diterjemahkan semula,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd