• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sesak 18 Kilometer Nahas Bas Ekspres, Treler Di Kulai

oleh AK-47
18/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang penumpang wanita sebuah bas ekspres dan pemandu treler cedera ringan dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di KM30.6 arah utara Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di kawasan Kulai, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Supt. Razak Md. Said berkata kemalangan lebih kurang dua kilometer dari susur ke Plaza Tol Kulai itu berlaku kira-kira 3 petang Jumaat ketika hujan lebat.

Sesak 18 Kilometer Nahas Bas Ekspres, Treler Di Kulai

“Mengikut laporan awal, kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Melaka dengan membawa 28 penumpang. Kemalangan menyebabkan bas ekspres itu terbabas ke kiri jalan.

“Kenderaan lain yang turut terlibat adalah sebuah treler, sebuah lori tiga tan, sebuah kereta jenis Mazda serta sebuah kereta jenis Toyota Innova,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Razak berkata siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca kemalangan tersebut.

Beliau berkata kemalangan menyebabkan berlaku kesesakan sepanjang kira-kira 18 kilometer, bermula dari KM12 (Plaza Tol Skudai) sehingga ke lokasi kejadian.

Katanya kedua-dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di Kulai, untuk rawatan. – BERNAMA

Tags: kemalanganlebuh rayaPLUS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd