• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suara Lunak Qari Kelantan Cetus Sensasi Di Arab Saudi

oleh
18/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Sebelum ini tular menerusi media sosial mengenai kisah seorang pemuda Kelantan, Muhamad Khalid Ismail, 29; fasih berbahasa Korea dalam satu program televisyen di Seoul.

Namun kini, seorang lagi anak Kelantan mengharumkan nama Malaysia apabila kelunakan suaranya membaca ayat suci Al-Quran menarik perhatian ramai netizen di Arab Saudi selain rantau Asia Barat sejak akhir-akhir ini.

Meskipun umat Islam di Asia Tenggara lazim sering merujuk kepada para ulama mahupun seni taranum ramai qari di Timur Tengah, tetapi tidak mustahil juga jika perkara sebaliknya boleh berlaku, menurut media tempatan.

Apa yang jelas, warga Malaysia bernama Mohamad Yusuf itu, sudah berjaya menawan hati mereka di negara-negara Arab dengan kemahiran beliau membaca kitab suci Al-Quran di samping menempa nama di rantau berkenaan.

Baca: Video Pemuda Kelantan Fasih Bahasa Korea Trending

Stesen terkenal Al Arabiya melaporkan, Yusuf sudah mula menghafaz Al-Quran sejak berusia enam tahun, setelah ayahnya mendapati anaknya itu memang mahir menghafal ayat-ayat kitab suci selain mempunyai suara lunak.

Bapanya kemudian mendaftarkan Mohamad mengikuti kelas di sebuah masjid untuk lebih mempelajari tajwid serta hukum sebutan bacaan. Pada usia 13 tahun, beliau sudah mendalami maqamat, iaitu cara melunakkan suara bacaan.

Menurut laporan Al Arabiya menerusi wawancara khas itu, Mohamad sangat berterima kasih kepada ayah dan beberapa guru atas sokongan serta dorongan mereka banyak meningkatkan keyakinan dirinya lebih sedekad lalu.

Malah, Mohamad berkongsi beliau turut menggemari bacaan Al-Quran daripada qari-qari tersohor antaranya Sheikh Mustafa Ismail, Sheikh al-Shahat Mohammed Anwar, Sheikh Ahmed Naina dan Sheikh Yasir al-Sharqawi.

Baca: Pelajar Perdengar Bacaan Al-Quran Di Hadapan Agong

Buat masa ini, Mohamad sedang menuntut di Fakulti Pengajian Islam di Universiti Sultan Ismail. Tahun lalu, beliau pernah menjuarai satu musabaqah tilawah Al-Quran yang diadakan bagi peringkat universiti-universiti di Malaysia.

Menjawab persoalan Al Arabiya bahawa qari-qari muda kini suka meniru gaya bacaan mereka yang lebih berpengalaman, Mohamad berkata memang tidak salah untuk menggunakan teknik-teknik terbaik qari terdahulu.

Bagaimanapun, beliau turut menambah bahawa seseorang qari itu harus bijak merancang dan membangunkan cara bacaan baharu tersendiri dalam jangka masa panjang selain membina imej jati diri unik mereka sendiri.

Menurut Al Arabiya lagi, Mohamad juga berkongsi bahawa beliau sedang berusaha keras untuk memperhalusi bacaannya dengan harapan untuk menjadi salah seorang qari yang dihormati. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Al-QuranPemuda Kelantanqari
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,622 unit teks dan bahan al-Quran yang mengandungi kesilapan dan tidak memenuhi standard disita Kementerian Dalam...

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memandang serius penyebaran kandungan di media sosial yang membabitkan universiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd