• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LIMA 2017 Saksikan Penyertaan Padu British

oleh Ahmad Albab
17/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2017 bakal menyaksikan penyertaan pelbagai syarikat penerju teknologi terkemuka British, dengan kerajaan United Kingdom terus mengukuhkan hubungan industri dengan Malaysia, terutama dalam sektor pertahanan dan keselamatan.

Menteri Perolehan Pertahanannya, Harriett Baldwin, akan mengetuai delegasi ke LIMA yang dijadualkan berlangsung dari 21 hingga 25 Mac, 2017.

“Delegasi negara itu terdiri daripada Ketua Jabatan Pertahanan Perdagangan Antarabangsa dan Pertubuhan Keselamatan, Stephen Phipson; Pegawai Pemerintah Udara Kumpulan 1 Royal Air Force, Naib Marshal Udara, Gerry Mayhew; dan Laksamana Alex Burton, Komander Angkatan Maritim UK,” kata Jabatan Pertahanan Perdagangan Antarabangsa dan Pertubuhan Keselamatan UK dalam kenyataan hari ini.

Baldwin dipetik sebagai berkata bahawa Britain akan terus mengukuhkan hubungan lamanya dalam bidang pertahanan dan keselamatan dengan Malaysia.

“Kami berminat untuk membantu menyelesaikan cabaran-cabaran keselamatan serantau menggunakan sokongan dan teknologi inovatif British,” katanya.

Sementara itu, Phipson percaya kerjasama dengan Malaysia sangat penting bagi mewujudkan peluang untuk syarikat Malaysia dan UK berkongsi teknologi pertahanan dan keselamatan, selain mewujudkan perkongsian usaha sama. – BERNAMA

Tags: LIMA 2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Black Eagles ‘Gegar’ Ruang Udara Ibu Kota Esok

28/03/2017
0

KUALA LUMPUR - Sembilan pesawat pejuang jenis KAI-TB50 milik Tentera Udara Republik Korea akan 'mengegarkan' ruang udara Kuala Lumpur, esok....

Juruterbang Pesawat Rafale Terpukau Keindahan Langkawi

23/03/2017
0

LANGKAWI - Pengalaman Kapten Jean-Guillaume Martinez, 40, yang juga juruterbang pesawat pejuang pelbagai fungsi Rafale, menjejakkan kaki untuk kali pertama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd