Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kompleks Pekan Rabu Baharu...

ALOR SETAR - Kompleks Pekan Rabu yang baharu sudah mula beroperasi secara berperingkat...

Majikan Yakin Kemahiran Lulusan...

KUCHING - Kira-kira 87 peratus majikan di negara ini yakin dengan prestasi dan...

Lebih Banyak Kesenian Kelantan...

TUMPAT - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mahu lebih banyak kesenian dari Kelantan...

Sufian Suhaimi, Elfira Loy...

TANDA tanya besar mengenai hubungan selebriti, Sufian Suhaimi dan Elfira Loy akhirnya terjawab...

Juruterbang Pesawat Rafale Terpukau Keindahan Langkawi

LANGKAWI – Pengalaman Kapten Jean-Guillaume Martinez, 40, yang juga juruterbang pesawat pejuang pelbagai fungsi Rafale, menjejakkan kaki untuk kali pertama di bumi Langkawi, ternyata meninggalkan kesan apabila beliau mengakui terpukau dengan keindahan Langkawi serta kemesraan rakyat negara ini.

Martinez atau lebih dikenali sebagai ‘Marty,’ hadir bersempena acara Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA 2017) di sini.

“Ini kali pertama saya ke Langkawi dan setakat ini memang menakjubkan. Selain keindahan pulau ini, saya juga berasa gembira dapat bersembang dengan mereka yang sempat saya temui,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Martinez yang memulakan kerjayanya dengan pasukan Tentera Udara Perancis pada 1997, sudah mencatat lebih 3,300 jam penerbangan termasuk 1,350 jam dengan Rafale.

Malah, atas kemampuannya itu, beliau akan mengadakan persembahan solo mengemudi pesawat Rafale pada pertunjukan udara LIMA 2017.

Ketika menyelami pengalamannya untuk bergelar juruterbang, Martinez berkata mereka yang berminat dengan kerjaya sebagai juruterbang jet pejuang, perlu berusaha untuk cemerlang dalam akademik selain menjaga kesihatan.

“Sewaktu kecil, saya sememangnya bercita-cita untuk menjadi juruterbang jet pejuang dan menggunakan kemajuan teknologi yang ada. Ia menjadi inspirasi untuk saya mencatat kejayaan akademik selain menjaga kesihatan demi mencapai impian itu,” katanya.

Ketika mengulas prestasi pesawat pelbagai fungsi berkenaan, Martinez berkata Rafale dapat melakukan misi kendalian di udara sepenuhnya atau udara ke daratan.


“Tugas saya sekarang adalah untuk memaparkan kepada hadirin mengenai kehebatan dan ketangkasan Rafale. Ia adalah jet yang serba mengagumkan,” katanya.

Malah, katanya, prestasi pesawat itu telah beberapa kali terbukti sewaktu misi udara dan beliau sendiri sudah menyertai lebih daripada 75 misi, kebanyakannya bagi menjejaki pengganas di Afrika.

Menurutnya, pesawat itu juga sesuai bagi pelbagai keadaan cuaca, termasuk di Malaysia berikutan ketahanan buatan serta kuasa enjinnya.

Pesawat yang dihasilkan oleh tiga peneraju utama aeroangkasa antarabangsa iaitu Dassault Aviation SA, Safran SA dan Thales Group, merupakan pesawat enjin berkembar dan mampu melaksanakan pelbagai misi.

Ini termasuk pemantauan udara dan pertahanan udara, serangan udara ke darat, serangan udara ke lautan, penghalang nuklear serta pengintipan udara. – BERNAMA

Kategori