• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Netizen Anggap Filem Minah Motor Sebagai Sampah

oleh AK-47
18/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BELUM pun lagi ditayangkan di mana-mana pawagam, filem baharu arahan pengarah terkenal; Ahmad Idham Ahmad Nadzzri mengundang kritikan pedas daripada netizen tempatan.

Seorang pengguna laman mikro Twitter; dengan rujukan nama Faisal Anwar @lati0s_ ada berkongsi sekeping gambar poster filem Minah Motor arahan Ahmad Idham.

Menerusi status yang dikongsi itu, Faisal seolah-olah bengang dengan hasil karya pelakon dan sutradara terkenal itu yang dirasakan sebagai sampah kerana cuba mengangkat taraf golongan Minah rempit.

“Hari-hari dok cakap pandai dekat twitter, taik lembu hybrid babi hutan ni ka hasil usaha keras pelakon ‘senior’ @Ahmad_Idham?” tulisnya sebagai mengulas filem tersebut.

Luahan itu ‘disampaikan’ Faisal kerana dia berasa kecewa dengan Ahmad Idham yang seolah-olah ‘hanya mampu’ menghasilkan filem seperti itu sedangkan di status-status Twitternya banyak mengetengahkan isu-isu semasa dan dilihat seperti seorang selebriti yang sedang membela nasib warga tempatan yang ‘tertindas.’

Kehebatan kandungan Tweet Ahmad Idham tidak dapat dilihat dalam jenis filem yang dihasilkan.

Selain Faisal, beberapa pengguna laman Twitter lain turut mengecam filem terbaharu karya Pengarah Terbaik dalam Anugerah Skrin 2003 dan kini berusia 43 tahun itu.

Netizen Anggap Filem Minah Motor Sebagai Sampah

Pengguna Twitter RASHIDANASOFFICIAL‏ @acbyacid melabel Ahamd Idham sebagai pengarah yang sudah kekeringan idea apabila tampil dengan filem disifatkan sebagai mendatangkan pengaruh buruk kepada masyarakat.

Namun berbeza pula dengan Adib Khalid @adibkhld yang menasihatkan sutradara terkenal itu untuk memanfaatkan bakat dan kelebihan yang dimiliki untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat melalui filem-filem yang dihasilkan.

Netizen Anggap Filem Minah Motor Sebagai Sampah

Untuk rekod, filem Minah Motor itu diterajui oleh Dayana Roza sebagai tonggak utamanya bergandingan dengan Ariz Lufias yang merupakan salah seorang daripada anggota kumpulan penyanyi Forteen.

Menerusi laman Instagram milik Ahmad Idham, filem baharunya itu akan menemui penonton pada tahun ini namun tarikh sebenar tayangannya belum didedahkan lagi.

Sebelum Minah Motor, Ahmad Idham pernah menerbitkan sebuah filem berjudul Mat Motor Otai pada tahun lalu yang turut menampilkan Dayana dengan memegang watak sampingan sebagai minah motor.

Secara tidak langsung, filem Minah Motor turut dianggap sebagai kesinambungan kepada watak Dayana menerusi filem Mat Motor Otai. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Ahmad IdhamFILEMminah motorrempit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Bapa Cuai, Biarkan Anak ‘Merempit’ Akan Disiasat

Ibu Bapa Cuai, Biarkan Anak ‘Merempit’ Akan Disiasat

16/08/2024
0

Shah Alam : Ibu bapa dua remaja lelaki berusia 13 tahun yang maut ketika berlumba dan melakukan aksi berbahaya di...

Orang Tarawih Mereka Merempit

Orang Tarawih Mereka Merempit

29/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Polis Daerah Gombak menahan 78 penunggang dan pembonceng motosikal yang dipercayai terbabit dalam kegiatan menduga kelajuan (berlumba)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd