• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiket RM2,222 Konsert Salman Khan ‘Live’ Laris

oleh
18/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KONSERT jelajah Da-Bang The Tour 2017 – Salman Khan Live in Malaysia amat laris apabila tiketnya berjaya dijual hampir 90 peratus untuk zon VIP sejak jualannya dibuka Februari lalu.

“Kami memperuntukkan 506 tempat duduk bagi tiket Zon Sultan yang dijual pada harga RM2,222. Sekalipun berdepan masalah ekonomi tidak menentu, tiket mahal berkenaan tetap menjadi pilihan peminat.

“Bukan sahaja dibeli kalangan peminat di Malaysia, tiket turut menarik penggemar Bollywood dari Indonesia, Bangladesh dan Singapura,” kata Ketua Pegawai Eksekutif GHC Solutions Sdn. Bhd., Datuk Jasbeer Singh.

Konsert jelajah anjuran syarikat itu yang berlangsung pada 14 April depan menyaksikan tiket berharga RM999 bagi Zon Da Bang, RM777 (Zon Jai Ho), RM555 (Zon Ready), RM333 (Zon Kick) dan RM111 (Zon Entry Zone).

“Bagi pemegang tiket bernilai RM2,222, mereka turut berpeluang bertemu dengan artis Bollywood yang terbabit dalam konsert ini, pada acara keraian selepas persembahan tersebut berakhir,” kata Jasbeer lagi.

Selain Salman Khan sebagai tarikan utama, konsert mega itu juga menampilkan beberapa bintang ternama dari India antaranya selebriti Prabhu Deva, Tamannah, Bipasha Basu, Badshah, Manish Paul dan Daisy Shah.

Selain Malaysia yang dipilih sebagai lokasi pertama, konsert jelajah berbajet besar itu akan turut singgah di Hong Kong, China; Auckland, New Zealand; serta Sydney dan Melbourne, Australia.

Sementara itu, Pengerusi GHC Solutions Sdn. Bhd., Datuk Geethanjali G berkata, konsert terbabit di Pusat Konvensyen Mines, Seri Kembangan, Selangor itu juga dijangka menampilkan beberapa artis tempatan.

“Bagaimanapun kita belum lagi mahu mengumumkannya terlebih dahulu. Anggaplah kemunculan mereka nanti sebagai kejutan pada konsert ini,” kata beliau yang dipetik oleh portal tempatan AgendaDaily.

Konsert jelajah berkenaan juga boleh dianggap sebagai kepulangan semula Salman ke pentas persembahan selepas hampir sedekad tidak dapat berbuat demikian susulan kesibukan kerja dan perbicaraan kes mahkamah dirinya.

Bagi peminat yang tidak mahu terlepas peluang menonton konsert tersebut, mereka boleh melayari www.AirAsiaRedtix.com atau www.facebook.com/Dabangtourkl. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: bollywoodSALMAN KHAN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salman Khan Dipatuk Ular Tiga Kali

27/12/2021
0

NEW DELHI: Bintang filem India yang terkenal dengan reputasi hidup dalam bahaya, Salman Khan, dipatuk ular dan terpaksa dirawat di...

Rosak Hubungan Dengan Allah, Zaira Wasim Umum Bersara

02/07/2019
0

BINTANG remaja Bollywood, Zaira Wasim mengambil keputusan meninggalkan dunia lakonan dengan alasan kerjayanya menganggu kehidupan sebagai umat Islam. Zaira, 18,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd