• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Dituduh Cederakan Polis Diarah Jalani Pemeriksaan Mental

oleh Ahmad Albab
03/12/2014
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengarahkan seorang lelaki yang dituduh mencederakan seorang anggota polis menjalani pemeriksaan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan bagi mengetahui tahap kewarasan mentalnya.

Zawawi Jasni, 28, dituduh sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang anggota polis, Mohd Abdul Halil Osman (umur tidak dinyatakan) dengan menggunakan sebilah parang.

Kejadian berlaku di rumah tertuduh di kampung Kerkau, Pendang kira-kira pukul 4.30 petang 27 November lalu.

Zawawi berpakaian hospital yang kelihatan tenang di kandang tertuduh mengaku tidak bersalah.

Beliau meminta Hakim Ibrahim Osman menuliskan butir-butir arahan terbabit kepadanya selain memberitahu dia sihat dan mahu pulang ke rumah.

Hakim menetapkan 7 Januari depan untuk tarikh sebutan semula kes sambil mendapatkan laporan perubatan mental dan kesihatan tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azlena Hashim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam kejadian pada 27 Nov itu, tiga anggota polis cedera ditetak di kepala, jari dan kaki dalam kejadian amuk melibatkan tertuduh.

Ketika itu mereka cuba memujuk tertuduh keluar dari biliknya untuk dibawa ke hospital. – BERNAMA

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd