• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Maut, Kereta Bertembung Lori

oleh AK-47
17/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Seorang lelaki warga emas maut apabila kereta yang dinaikinya bertembung dengan lori tiga tan di Batu 24, Jalan Apas dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian 3.10 petang itu, Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata Abdul Mansor Abu Kasim, 61, meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak lelakinya, 27, yang memandu kereta Honda itu cedera parah di kepala.

“Siasatan mendapati lori jenis Hino yang dipandu lelaki tempatan berusia 31 tahun sedang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu menuju ke Tawau apabila kereta Honda dari arah bertentangan tiba-tiba memasuki laluan lori.

“Ekoran itu, berlaku rempuhan kerana pemandu lori tidak sempat menekan brek untuk mengelak lalu terlanggar bahagian pintu sebelah kiri kereta Honda sebelum berpusing dan terbabas ke sebelah kiri jalan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pemandu lori dan kelindannya tidak cedera.

Fadil berkata kereta yang dinaiki Abdul Mansor, yang juga pesara ketua kerani di pejabat polis Lahad Datu, rosak teruk. – BERNAMA

Tags: kemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd