• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Staf Imigresen Akan Ditempatkan Sementara Di Pejabat

oleh AK-47
17/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Sepuluh pegawai Imigresen Sarawak yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan ditempatkan sementara di pejabat untuk melakukan kerja-kerja pentadbiran sementara siasatan terhadap kes selesai, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

Beliau berkata jabatan itu mengamalkan polisi toleransi sifar terhadap rasuah di mana pelakunya berdepan tindakan antaranya dibuang kerja, digantung atau diturunkan pangkat.

“Kita tidak pandang soal nilai yang diterima tetapi akan bertindak atas jenayah yang dilakukan walau nilainya serendah satu sen sekalipun,” katanya mengulas penahanan 10 pegawai Imigresen Sarawak kerana disyaki menerima rasuah bagi melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI).

Mereka dikatakan menerima rasuah antara RM200 dan RM5,000 bagi melindungi PATI yang tidak mempunyai dokumen perjalanan dan permit pekerjaan sah.

Bercakap dalam sidang media di Pejabat Imigresen cawangan Lapangan Antarabangsa KL (KLIA) di sini hari ini, Mustafar berkata pelbagai langkah telah diambil pihaknya bagi meningkatkan integriti bagi menjauhkan penularan gejala rasuah dan salah guna kuasa di kalangan anggotanya.

Mustafar yang baru pulang dari Amsterdam, Belanda bagi menerima anugerah Perkhidmatan Imigresen Lapangan Terbang Terbaik Dunia dalam pada itu berkata Jabatan Imigresen akan terus meningkatkan kualiti penyampaian dengan memperhebatkan kerjasama dengan pihak berkepentingan di lapangan terbang.

Pengiktirafan yang diterima pada Majlis Anugerah Lapangan Terbang Dunia SKYTRAX di Ekspo Terminal Penumpang di Amsterdam semalam itu dibuat berasaskan kajian daripada 13.82 juta responden melibatkan lebih 105 rakyat pelbagai negara yang menaiki pesawat, meliputi lebih 580 lapangan terbang di seluruh dunia. – BERNAMA

Tags: SPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd