• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usah Ali Baba Lesen Kontraktor Bumiputera

oleh AK-47
16/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Kontraktor bumiputera yang memperoleh lesen menerusi kursus yang dianjurkan kerajaan diingatkan agar tidak menyalahgunakan atau mengalibabakan’ lesen masing-masing.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Hamisa Samat berkata selepas mengikuti kursus seharusnya kontraktor bumiputera memanfaatkan ilmu yang dipelajari dan tidak menyalahgunakan lesen dengan memikir aspek keuntungan semata-mata.

“Terdapat sesetengah kontraktor bumiputera yang mengalibabakan lesen yang diterima dengan menyerahkannya kepada subkontraktor atau orang ketiga.

“Ini mungkin didorong faktor kurang pengetahuan dan memohon lesen semata-mata untuk mendapatkan projek sekali gus hanya memandang keuntungan,” katanya.

Hamisa berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan kursus asas kewangan perniagaan kontraktor di sini, hari ini.

Menurut Hamisa pengambilan lesen kontraktor bukan mudah dan sepatutnya menjadi pemangkin kepada kontraktor untuk memajukan industri pembinaan negara yang merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi serta pembangunan negara.

“Lesen yang dialibabakan mengakibatkan pelbagai projek terjejas ekoran kontraktor segera ini yang tidak mempunyai pengalaman,” katanya.

Dalam pada itu, katanya kontraktor bumiputera dinasihatkan agar memberi penekanan terhadap kualiti kerja termasuk menyiapkan projek mengikut jadual, kos efisien dan menepati syarat-syarat kontrak.

“Rakyat sebagai pelanggan mempunyai penilaian tinggi terhadap kualiti projek dan sebab itu, kerajaan berharap kontraktor yang memperoleh projek kerajaan dapat menyediakan perkhidmatan terbaik,” katanya lagi.

Sementara itu, Hamisa menyarankan golongan usahawan Sabah agar merebut peluang mendapatkan sijil pengiktirafan status bumiputera bagi membolehkan menyertai tawaran atau tender kerajaan khusus kepada usahawan bumiputera.

“Sijil itu penting kerana ia menjadi prasyarat kepada golongan usahawan terbabit bagi merebut projek kerajaan negeri yang dibuka khusus untuk bumiputera,” katanya lagi.

Beliau berkata setakat tahun lalu seramai 1,700 memohon sijil berkenaan di kementeriaan namun seramai 1,671 sahaja yang lulus manakala 29 lagi gagal. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Cabar DAPSY Lawan Secara ‘Gentleman’, Jangan Jadi ‘Anjing Menyalak Bukit’

Akmal Cabar DAPSY Lawan Secara ‘Gentleman’, Jangan Jadi ‘Anjing Menyalak Bukit’

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencabar Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mendesak pemimpin mereka menarik...

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merancang untuk menganjurkan China GT Championship di Malaysia bagi merancakkan sektor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd